Bengkel Notebook L.M Perkasa Kemahiran Digital Pelajar Pascasiswazah PKTAAB
Jun 09, 2026
PADANG REKREASI RANTAU PANJANG, PENAGA, April 28 2024

Photo By MOFIRHA. AMDI T.O.W. Team/MAF Bergambar Selepas Berjaya Menewaskan Masjid Rantau Panjang Dalam Penentuan Tempat Ke3/4.
AMDI T.O.W. Team (Pasukan Tarik Tali IPPT/PPUSMB) telah diberikan penghormatan mewakili Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas bagi menyertai Acara Tarik Tali, Sukan Antara Masjid Kepala Batas (SUKMAS) 2024 yang berlangsung di Padang Rekreasi Rantau Panjang, Penaga pada 28 April 2024, Ahad.

Photo By MOFIRHA. Aksi AMDI T.O.W. Team/MAF dalam Perlawanan Pertama Peringkat Kumpulan.
Sebanyak 16 pasukan tarik tali berentap dalam liga empat kumpulan sebelum penentuan kejuaraan diadakan secara kalah mati. AMDI T.O.W Team/MAF telah diundi bersama dengan Masjid Lahar Tiang, Masjid Jamek Kampung Lembah dan Masjid Lahar Minyak.
Berikut adalah keputusan perlawanan di peringkat kumpulan :
1. AMDI T.O.W Team/MAF (2) vs Masjid Lahar Tiang (0)
2. AMDI T.O.W Team/MAF (2) vs Masjid Jamek Kampung Lembah (0)
3. AMDI T.O.W Team/MAF (2) vs Masjid Lahar Minyak (0)

Photo By MOFIRHA. AMDI T.O.W Team/MAF bergambar kenang-kenangan bersama Pasukan Masjid Rantau Panjang selepas aksi penentuan Tempat Ke-3/4.
Pada sebelah petang, aksi separuh akhir bermula di mana kali ini AMDI T.O.W Team/MAF telah tewas kepada Masjid Tasek Gelugor 0-2, mengheret pasukan ke penentuan tempat ke-3/4. Kekecewaan dikalahkan pada separuh akhir akhirnya ditebus apabila AMDI T.O.W Team/MAF berjaya menewaskan Masjid Rantau Panjang 2-1 dalam aksi yang penuh sengit dan mencabar.

Photo By MOFIRHA. Menaiki Pentas Mengambil hadiah Tempat Ke-3 Acara Tarik Tali SUKMAS 2024.
Syabas kepada AMDI T.O.W Team/MAF kerana berjaya meraih tempat ketiga keseluruhan Acara Tarik Tali SUKMAS 2024. Staf IPPT/PPUSMB yang menyertai acara kali ini adalah Mohamad Firdaus Harun (Farmasi PPUSMB), Mohd Ghani Mohamad (Kejururawatan PPUSMB), Mohd Abdillah Zamil Md Saad (PPKT IPPT), Ashahri Idrus (Klinik PPUSMB), Mohd Saiful Effendy Hashim (Pembangunan USM), Mohd Harizal Ab Bakar (Keselamatan IPPT), Mohd Jasmie Ikhram Ab Rahaman (Pengurusan IPPT), Mohd Shukur Abidin (Pengurusan IPPT), Shamsuri Idris (Keselamatan IPPT). TAHNIAH!