PKTAAB Perkukuh Kerjasama Antarabangsa Melalui Mobiliti Pelajar Walailak University, Thailand
Jun 08, 2026
DEWAN PEMBANGUNAN SISWA, KOMPLEKS DESASIWA CAHAYA, USM, July 3 2023
Bahagian Jaringan Industri, Masyarakat & Kelestarian Institusi (BJIM&KI) telah menganjurkan Majlis Anugerah Sijil Penghargaan Kecemerlangan Libatsama Universiti-Komuniti bertempat di Dewan Pembangunan Siswa, Kompleks Desasiwa Cahaya, USM. Majlis telah diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada warga dan bukan warga Universiti yang telah menyumbang kearah usaha murni memperkasakan komuniti melalui aktiviti, projek dan program libatsama. Seperti kita sedia maklum, penglibatan universiti dalam komuniti mencerminkan USM sebagai sebuah Universiti Awam (UA) yang menjadi agen pembangunan negara.
Bahagian Jaringan dan Industri Masyarakat (BJIM) menjalankan peranan dalam memangkin hala tuju terhadap transformasi masyarakat di sekelilingnya. Dengan menggunakankan sumber yang ada, sama ada kepakaran, sumber manusia mahu pun kemudahan, USM terus membina kolaborasi dan kerjasama yang bermakna dengan masyarakat dan industri dalam menangani isu-isu dan keperluan-keperluan semasa, serta mnyediakan penyelesaian bagi mencapai transformasi yang memanfaatkan rakyat dan negara
PENERIMA-PENERIMA SIJIL DAN TAJUK PROJEK DARI IPPT: