ABO Blood Type & Potential Link To Dementia Risk
May 26, 2026
BILIK SEMINAR ARC, July 15 2025
Bahagian Penyelidikan, Inovasi dan Jaringan, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) telah menganjurkan Bengkel Audit Penggunaan Alatan Makmalyang melibatkan alatan-alatan di bawahSeksyen Makmal Penyelidikan Berpusat (CRL). Bengkel secara dalaman ini telahpun berlangsung pada 15 Julai 2025 yang lalu bertempat di Bilik Seminar, ARC dan dimulai dengan ucapan aluan oleh Timbalan Pengarah Penyelidikan, Inovasi dan Jaringan (BPIJ), Prof. Dr. Badrul Hisham bin Yahaya. Beliau telah menzahirkan kepada semua peserta bengkel tentang hasrat pihak pengurusan IPPT agar CRL sentiasa menjadi pemangkin dan pemudahcara dalam memacu ekosistem penyelidikan melalui pengukuhan aspek pengurusan dan penyelarasan penggunaan fasiliti makmal berpusat. Bengkel ini telah dihadiri seramai hampir 30 orang peserta yang terdiri daripada staf CRL, ketua-ketua seksyen dan pensyarah IPPT.
Bengkel yang julung kali diadakan ini telah dimulai dengan sesi pembentangan data-data penggunaan alatan bermula 2023 hingga separuh tahun 2025. Pembentangan telah dilakukan oleh pengurus-pengurus untuk makmal fungsian yang terdiri daripada Makmal Kimia Analitikal, Makmal Kultur Sel, Makmal Sintesis dan Formulasi, Makmal Biobahan dan Biokejuruteraan, Makmal Biologi Molekul dan Makmal Fisiologi dan Nutrisi. Data-data yang dibentangkan merangkumi kekerapan penggunaan alatan, bilangan pengguna dan juga kos penyelenggaraan. Sesi pembentangan telah dinilai sendiri oleh Timbalan Pengarah Penyelidikan, Inovasi dan Jaringan (BPIJ). Usai pembentangan, telah diadakan pula sesi soal jawab bagi tujuan memperhalusi data-data yang diberikan disamping menjadi medan interaksi dalam usaha mencari keadah dan solusi terbaik untuk CRL terus memacu ekosistem penyelidikan di IPPT. Melalui bengkel ini juga, perancangan yang melibatkan perolehan alatan baru melalui peruntukan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) telah dibentangkan oleh Ketua Seksyen CRL iaitu Puan Rafedah Abas. Antara tindakan penting yang perlu diambil oleh pihak CRL terutamanya melibatkan penggantian peralatan makmal yang telah usang serta penempatan peralatan yang baru turut telah disentuh semasa bengkel diadakan.
Prof. Dr. Badrul Hisham bin Yahaya dalam ucapan penutupnya telah menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua staf yang telah memberikan komitmen yang sangat baik untuk bengkel kali ini. Beliau turut menitipkan nasihat dan peringatan bahawa data-data yang melibatkan penggunaan alatan adalah sangat penting kepada pihak pengurusan IPPT dalam merangka program-program penyelidikan di IPPT. Oleh itu, kerjasama pengguna dalam merekodkan penggunaan alatan adalah sangat-sangat diharapkan bagi menjamin data yang sentiasa tepat dan dikemaskini sentiasa.