Bahagian 2: Lebih Daripada Sekadar Luka Biasa: Otitis Eksterna, Malignant Otitis Eksterna (MOE) Dan Perikondritis.
Jul 08, 2026
AUDITORIUM SAINS@BERTAM, July 15 2025
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) terus komited memperkukuh kecemerlangan akademik melalui penganjuran Bengkel Perbincangan Borang Penawaran Kursus (BPK) bagi Program Sarjana Perubatan (Klinikal Onkologi) yang berlangsung pada hari ini bertempat di Auditorium Sains@Bertam, IPPT USM.
Bengkel sehari ini dirasmikan oleh Pengarah IPPT, Prof. Madya Dr. Bakiah Shaharuddin yang dalam ucapannya menekankan kepentingan bengkel ini sebagai platform strategik untuk meneliti, menyemak dan memperkemaskan dokumen BPK agar kekal relevan dengan perkembangan semasa dalam bidang onkologi klinikal serta memenuhi piawaian Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Beliau turut menegaskan bahawa Program Sarjana Perubatan (Klinikal Onkologi) bukan sahaja bertujuan untuk melahirkan pakar onkologi yang kompeten dan berkemahiran tinggi, tetapi juga membentuk pemimpin klinikal masa depan yang mampu memberi perkhidmatan kesihatan berkualiti kepada masyarakat.
“Perbincangan hari ini amat signifikan bagi memastikan struktur kurikulum, hasil pembelajaran, kaedah penilaian serta pendedahan klinikal adalah menyeluruh, terkini dan berimpak tinggi. Saya berharap bengkel ini akan membuahkan idea-idea baharu serta menghasilkan keputusan yang akan memantapkan lagi kualiti program ini demi kecemerlangan pendidikan perubatan pascasiswazah negara,” katanya.
Penganjuran bengkel ini sejajar dengan usaha berterusan IPPT untuk memperkukuh mutu program pengajian dan penyelidikan pascasiswazah, selaras dengan aspirasi USM sebagai universiti penyelidikan bertaraf antarabangsa dalam bidang sains kesihatan.
Penganjuran bengkel ini secara tidak langsung dapat memantapkan penawaran kursus yang lebih tersusun dan efektif, seterusnya memastikan graduan program ini dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai profesional yang tinggi untuk menyumbang dalam bidang onkologi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Turut hadir dalam bengkel ini ialah Prof. Madya Dr. Hazwani Ahmad Yusof @ Hanafi, Timbalan Pengarah Akademik dan Antarabangsa; Prof. Madya Dr. Noor Khairiah A. Karim, Timbalan Pengarah Klinikal, Kelestarian & Piawaian; Prof. Madya Dr. Gokula a/l Kumar Appalanaido, Pengerusi Program Sarjana Perubatan (Klinikal Onkologi); para pensyarah program serta Ahli Jawatankuasa OBE.