ABO Blood Type & Potential Link To Dementia Risk
May 26, 2026
AUDITORIUM SAINS@BERTAM, IPPT, USM, July 24 2025
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia telah menganjurkan Bengkel Penerbitan Buku Ilmiah IPPT-Penerbit USM bertempat di Auditorium Sains@Bertam. Bengkel sehari ini disertai oleh seramai 60 orang peserta terdiri daripada pensyarah, penyelidik dan pelajar pascasiswazah IPPT.
Bengkel ini bertujuan memperkasa warga IPPT dalam aspek penulisan dan penerbitan buku ilmiah, di samping memberikan pendedahan menyeluruh mengenai proses penerbitan, struktur penulisan, hak cipta, serta teknik pembinaan kandungan buku secara sistematik.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah IPPT, Profesor Madya Dr. Bakiah Shaharuddin yang merakamkan penghargaan kepada Profesor Dr. Goh Sang Seong, Pengarah Penerbit USM dan pasukan beliau atas kesudian berkongsi kepakaran. Beliau turut menekankan kepentingan buku ilmiah sebagai medium penyampaian ilmu yang berkualiti serta bukti keberadaan intelektual dalam komuniti akademik.
Antara objektif utama bengkel ini termasuk:
Bengkel ini menampilkan tiga penceramah utama dari Penerbit USM iaitu:
Antara sesi yang dijalankan termasuk perbincangan draf penulisan peserta bersama editor serta sesi soal jawab yang interaktif. Pengisian padat ini diharap dapat melahirkan lebih ramai penulis ilmiah kompeten di IPPT dan merancakkan lagi penerbitan buku akademik berimpak tinggi. Bagi memantapkan lagi kemahiran penulisan dalam kalangan pensyarah, penyelidik dan pelajar IPPT, bengkel susulan yang berkonsepkan “group coaching” akan diadakan pada bulan November nanti.
Bengkel diakhiri dengan ucapan penutup oleh Profesor Dr. Badrul Hisham Yahaya bagi pihak penganjur dan penyampaian penghargaan kepada semua yang terlibat.