Bukan Sekadar Turun Bermain… PKTAAB Bowlers Buat Kejutan!
Sep 06, 2026
OLE OLE BOWL KULIM, KULIM CENTRAL, September 6 2026
PKTAAB Bowlers berjaya meraih Tempat Ke-6 Keseluruhan Berkumpulan daripada 27 pasukan yang berentap di dalam Pusat Dialisis Serai Wangi Bowling Championship 2026 yang berlangsung di Ole Ole Bowl Kulim, Kulim Central pada 6 September 2026.
Dalam kejohanan ini, PKTAAB Bowlers disertai oleh En. Mohamad Firdaus Harun (Unit Farmasi), En. Mohd Ikhwan Hashim (Unit Farmasi), Pn Nurhidayati Syeema Soid (Unit Farmasi), Nariman Azif Abd Manaf (Unit Imejan), Muhd Naem Othman (MPRC), Norashid Hussain (Unit Keselamatan), Mohd Faisol Ahmad Marzuki (Seksyen Kejuruteraan) dan Siti Fatimah Shaari (Unit Kejururawatan).
Kejayaan ini bertambah manis pula apabila En. Norashid Hussain berjaya meraih Tempat Ke-4 Individu Lelaki Keseluruhan. Tahniah dan Syabas PKTAAB Bowlers!