Bahagian 2: Lebih Daripada Sekadar Luka Biasa: Otitis Eksterna, Malignant Otitis Eksterna (MOE) Dan Perikondritis.
Jul 08, 2026
BERTAM RESORT, PULAU PINANG, August 28 2025
Cancer Symposium 2025: Northern Chapter anjuran Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) telah berlangsung di Bertam Resort, Pulau Pinang dengan kehadiran hampir 100 peserta merangkumi pakar perubatan, penyelidik, pelajar pascasiswazah serta rakan industri dari dalam dan luar negara.
Penganjuran Kanser Simposium 2025 ini adalah dengan kerjasama Malaysian Brachytherapy Society (MBS), Malaysian Association of Medical Physics (MAMP) serta Clinical Research Malaysia (CRM), telah dirasmikan oleh Pengarah IPPT, Prof. Madya Dr. Bakiah Shaharuddin,
Bertemakan “Synergy in Cancer Research: Advancing Innovation in Research, Diagnosis, and Therapy”, penganjuran ini menjadi landasan strategik untuk memperkukuh kerjasama akademia, klinikal dan industri dalam penemuan baharu ke arah aplikasi rawatan kanser.
Dalam ucapan perasmian, Pengarah IPPT menegaskan bahawa usaha bersepadu antara penyelidikan asas, inovasi teknologi dan aplikasi klinikal amat penting bagi memastikan Malaysia terus ke hadapan dalam bidang penyelidikan serta rawatan kanser.
Antara sesi utama termasuk Syarahan Utama oleh Prof Madya Dr. Muhamad Yusri Musa mengenai brakiterapi sebagai rawatan kanser kepala dan leher, ceramah Plenary I oleh Prof Madya Dr. Leow Voon Meng berkenaan hala tuju terapi kanser hati, ceramah Plenary II oleh Dr. Jasmin Jalil berkaitan pengalaman IPPT dalam penjagaan kanser, serta sesi industri yang menampilkan inovasi terkini termasuk kecerdasan buatan dalam pengimejan kanser serta teknologi 3D ultrasound.
Pihak IPPT merakamkan penghargaan kepada Pengarah Program, Prof Madya Dr. Noor Diyana Osman dan Dr. Muhammad Azrul Zabidi, penganjur bersama, para penceramah jemputan, pihak penaja, semua peserta, serta seluruh jawatankuasa penganjur yang telah bertungkus-lumus memastikan kelancaran simposium ini dari peringkat perancangan hingga pelaksanaan. Dedikasi dan komitmen mereka adalah antara faktor utama kejayaan penganjuran yang berimpak tinggi ini.
Simposium diakhiri dengan majlis penutup dan penyampaian anugerah kepada pembentang yang disampaikan oleh Penasihat Program, Prof Dr. Badrul Hisham Yahaya dan wakil penganjur bersama daripada Malaysian Association of Medical Physics (MAMP). Simposium ini melambangkan komitmen IPPT dan USM dalam memacu agenda penyelidikan kanser negara, selaras dengan hasrat menjadikan Malaysia sebagai rujukan utama di pentas global.