Di Sebalik Jangkitan Berulang: Memahami Penyakit Imunodefisiensi Primer (PID) Dan Kepentingan Registri Pesakit
Sep 20, 2026
SAINS@USM, August 12 2026
PULAU PINANG – Central Research Laboratory (CRL) dan Seksyen Penyelidikan Haiwan (SPH), Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB), Universiti Sains Malaysia (USM) telah menyertai 3rd Research Officers National Symposium (REONS) 2026 sebagai pempamer bagi mengetengahkan perkhidmatan, fasiliti serta keupayaan sokongan penyelidikan yang tersedia di PKTAAB. Bertemakan “Frontiers of Research: Connecting Minds, Creating Impact”, simposium yang berlangsung pada 12 hingga 13 Ogos 2026 di Sains@USM ini menjadi wadah perkongsian ilmu dan jaringan profesional dalam kalangan komuniti penyelidikan daripada pelbagai disiplin.
REONS 2026 menghimpunkan penyertaan daripada universiti, institusi dan agensi penyelidikan termasuk Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Sabah (UMS), dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Malaysian Palm Oil Board (MPOB), RISDA, National Institutes of Health Malaysia (NIHM), TNB Research (TNBR), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), serta penyertaan antarabangsa daripada College of Veterinary Medicine, Philippines. Kepelbagaian latar belakang peserta ini menyediakan ruang yang signifikan untuk pertukaran pengetahuan, perkongsian kepakaran dan penerokaan potensi kolaborasi merentas institusi serta disiplin.
Melalui ruang pameran, CRL memperkenalkan perkhidmatan analitikal, peralatan saintifik dan fasiliti penyelidikan yang menyokong pelaksanaan penyelidikan bioperubatan dan bidang berkaitan. SPH pula mengetengahkan kemudahan dan perkhidmatan penyelidikan haiwan yang tersedia bagi menyokong penyelidikan praklinikal. Penerangan secara langsung kepada pengunjung membolehkan penyelidik mendapatkan maklumat berkaitan skop perkhidmatan, akses kepada fasiliti serta peluang penggunaan kemudahan secara bersama.
Penyertaan sebagai pempamer bukan sekadar medium promosi, malah merupakan pendekatan strategik untuk meningkatkan keterlihatan fasiliti penyelidikan PKTAAB dan mengoptimumkan penggunaan infrastruktur saintifik sedia ada. Interaksi bersama penyelidik daripada institusi lain berpotensi membuka ruang kepada perkongsian sumber, kepakaran teknikal dan pembangunan kolaborasi penyelidikan multidisiplin, seterusnya menyokong penghasilan penyelidikan yang berkualiti, relevan dan berimpak.
Penglibatan CRL dan SPH turut menyokong agenda Sustainable Development Goals (SDG), khususnya SDG 3: Good Health and Well-Being melalui sokongan kepada penyelidikan kesihatan dan bioperubatan; SDG 4: Quality Education melalui perkongsian ilmu, latihan dan pembangunan kompetensi penyelidik; SDG 9: Industry, Innovation and Infrastructure melalui pengoptimuman infrastruktur dan teknologi penyelidikan; serta SDG 17: Partnerships for the Goals melalui pengukuhan jaringan dan kerjasama strategik antara institusi.
Secara keseluruhannya, penglibatan CRL dan SPH dalam REONS 2026 memperkukuh peranan PKTAAB sebagai ekosistem sokongan penyelidikan yang menyediakan akses kepada fasiliti, teknologi dan kepakaran. Usaha ini diharapkan dapat memperluas jaringan saintifik, merangsang kolaborasi baharu serta meningkatkan impak penyelidikan melalui perkongsian sumber dan kepakaran secara lebih strategik.