ABO Blood Type & Potential Link To Dementia Risk
May 26, 2026
BILIK SEMINAR, KOMPLEKS PENYELIDIKAN HAIWAN, July 28 2025
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia telah menganjurkan satu sesi perkongsian ilmu bertajuk "Dari Idea ke Impak: Perkongsian Inovasi Sosial bersama PETRONAS" yang berlangsung pada jam 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di Bilik Seminar ARC, IPPT USM.
Program secara santai ini menghimpunkan seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah universiti, pensyarah perubatan, staf pelaksana serta pelajar pascasiswazah yang hadir bagi mendapatkan pendedahan berkaitan inisiatif inovasi sosial yang diterajui oleh PETRONAS.
Sesi ini menampilkan dua penceramah jemputan dari PETRONAS, iaitu En. Mohd Izzat Mohd Fadzil dan En. Mohamad Farhan Mohamad Faizal, yang kedua-duanya merupakan Innovation Coach daripada SEEd.Lab, satu program berimpak tinggi yang mengetengahkan penyelesaian sosial inovatif untuk pembangunan komuniti secara lestari.
Tujuan utama penganjuran sesi ini adalah untuk memperkenalkan kepada warga akademik dan pelajar akan pendekatan inovasi sosial yang telah dilaksanakan oleh PETRONAS, terutamanya melalui platform SEEd.Lab dan pelbagai inisiatif komuniti yang lain. Perkongsian pengalaman kedua-dua penceramah telah membuka ruang kepada peserta untuk memahami cabaran dunia sebenar, model intervensi sosial, serta potensi kolaborasi antara institusi akademik dan sektor industri.
Program ini turut merupakan sebahagian daripada inisiatif jaringan industri dan pemerkasaan inovasi sosial IPPT USM, yang bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara universiti dan sektor korporat ke arah pembangunan lestari serta kesejahteraan masyarakat secara holistik.
IPPT USM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PETRONAS atas kesudian menyumbang ilmu dan pengalaman berharga dalam sesi ini. Diharapkan program seumpama ini akan terus memberi manfaat dan mencetuskan inspirasi dalam membentuk masyarakat yang lebih inklusif dan berdaya tahan melalui pendekatan inovasi sosial. Program sebegini turut menyumbang kepada SDGs 3, 4 and 17