Melangkaui Sempadan, PKTAAB Dan Unar Perkukuh Jaringan Akademik Serta Penyelidikan
Oct 30, 2026
USM PULAU PINANG, October 25 2024
Buat julung kalinya, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Dr. Hafizuddin Mohamed Fauzi selaku Pensyarah Perubatan di Jabatan Perubatan Klinikal IPPT berjaya tercalon sebagai finalis untuk pertandingan SEJiwa voice.
Program Seni Ekspresif Jiwa (SEJiwa) dan Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Bulan Kaunseling Peringkat USM yang berlangsung di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), USM ini dianjurkan kali kedua setelah program tersebut menerima sambutan yang menggalakkan pada tahun lalu.
Bertemakan ‘Kesedaran Kesejahteraan Mental’, SEJiwa 2024 ini dijalankan mengikut tiga kategori pertandingan sepanjang bulan Oktober iaitu SEJiwa Voice (Nyanyian), Seni Lukisan dan Poster Digital yang telah terbuka kepada dua kategori pertandingan, staf dan pelajar USM.
Kemuncak kepada majlis ini adalah semasa upacara perasmian SEJiwa dan Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Bulan Kaunseling Peringkat USM yang telah disempurnakan oleh Timbalan Pendaftar Kanan, Jabatan Pendaftar, Kampus Kesihatan USM, Noor Hayati Mohammad.
IPPT telah berjaya meraih gelaran juara dalam pertandingan SEJiwa Voice bagi kategori staf. Dengan lantunan penuh emosi lagu "Ku Bersuara" oleh Erni Zakri, Dr. Hafizuddin Mohamed Fauzi atau lebih mesra dikenali sebagai Dr. Dean berjaya menambat hati para juri dan telah dinobatkan sebagai juara SEJiwa 2024.
Selain itu, Dr. Dean turut menang selesa bagi kategori persembahan terbaik dalam kalangan staf menampilkan persembahan hebat yang disulami lakonan drama yang berkesan sebagai simbolik daripada penceritaan lagu tersebut.
Sekalung tahniah diucapkan daripada Pengarah dan seluruh warga IPPT dan PPUSMB.