Senyuman Dah Cantik, Jangan Lupa Retainer!
Nov 20, 2026
BILIK SEMINAR, KOMPLEKS PENYELIDIKAN HAIWAN, December 10 2024
Bahagian Penyelidikan dan Jaringan (BPJ) Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan program sesi perkongsian sempena Program Lawatan Profesor Geoff Chase dari Faculty of Engineering, University of Canterbury, New Zealand yang berlangsung di Bilik Seminar, Kompleks Penyelidikan Haiwan (ARC).
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai aplikasi teknologi kejuruteraan bioperubatan dalam bidang kesihatan dan perubatan, khususnya berkaitan teknologi AI, Big Data, dan Avatar yang disampaikan oleh Prof. Geoff Chase. IPPT telah menjalinkan kerjasama dengan University of Canterbury sejak tahun 2019 melalui satu Perjanjian Kerjasama Penyelidikan berkaitan kawalan glisemik ke atas pesakit diabetes. Sesi perkongsian dimulakan dengan ucapan aluan oleh Profesor Madya Dr. Bakiah Shaharuddin, Pengarah IPPT dan PPUSMB. Seramai 75 peserta telah hadir secara fizikal dan atas talian dalam sesi perkongsian yang berlangsung hari ini, termasuklah pensyarah, pensyarah perubatan, pegawai penyelidik dan pelajar pasca siswazah.
Diharapkan topik yang disampaikan oleh Profesor Geoff Chase dapat memberi manfaat kepada para peserta, terutamanya pensyarah dan pelajar, khususnya berkaitan bidang teknologi AI, Big Data, dan aplikasi kejuruteraan dalam perubatan.