Penyertaan Staf PKTAAB Meriahkan Sambutan Hari Pekerja 2026 Bersama Kontinjen USM
May 01, 2026
USM PULAU PINANG, October 30 2024
Sebanyak 51 pusat tanggungjawab/seksyen/bahagian/unit telah berjaya memperoleh penarafan 5 daun termasuk Institut Perubatan & Pergigian Termaju (IPPT) & Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB) dalam Majlis Penarafan Pejabat Hijau USM 2024. Selaku Yang Menjalankan Fungsi Pengarah IPPT dan PPUSMB, Prof. Madya Dr. Bakiah Shaharuddin dan juga Timbalan Pengarah Klinikal, Kelestarian & Piawaian, Prof. Madya Dr. Noor Khairiah A.Karim bersama-sama Penyelaras Projek Kelestarian IPPT dan Pegawai Kelestarian IPPT telah hadir menerima sijil penarafan yang telah diserahkan oleh Naib Canselor USM, Prof. Dato’ Seri. Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed diiringi Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat USM, Profesor Dr. Azlan Amran.
Yang turut hadir adalah Pengasas ADA Biotech, Ts. Muhammad Akmal Amir; Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Pembangunan Perniagaan ADA Biotech, Ma Xin Wen; Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dr. Habibah A Wahab, FASc.; Penyelaras Unit Kelestarian Kampus USM, Dr. Normaliza Abdul Manaf; juruaudit, serta pegawai-pegawai utama universiti dan wakil ADA Biotech.
Sesi audit penarafan pejabat hijau ini telah mengambil kira lima (5) komponen, iaitu Komponen A, Perolehan Hijau, Komponen B, Pengurusan Sisa, Komponen C, Kecekapan Sumber, Komponen D, Kesihatan dan Keselamatan, Komponen E, Penglibatan Staf dan Komuniti.
Secara ringkasnya, penarafan pejabat hijau ini bukanlah suatu permulaan, namun sebagai satu batu loncatan agar kelestarian ini menjadi budaya hidup dan budaya kerja warga USM khususnya warga IPPT & PPUSMB sejajar dengan salah satu wawasan USM semenjak tahun 1969 iaitu “Masa hadapan, Keunikan (Kelainan), Kelestarian, Kemanusian, Kesejagatan, Perubahan, Pengorbanan”.