Terapi Gen Untuk Penyakit Darah: Daripada Rawatan Sepanjang Hayat Kepada Potensi Penyembuhan
Aug 14, 2026
PEJABAT KELESTARIAN UNIVERSITI (PKU) BAHAGIAN JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT DAN PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH, July 8 2026
Bertam, 8 Julai 2026 – Dalam usaha memperkukuh budaya kelestarian serta meningkatkan prestasi pelaksanaan Program Pejabat Hijau, seramai 17 orang warga Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB) terdiri daripada staf Science @ Bertam, CRC dan CTC menyertai Lawatan Kerja Penanda Aras ke Pejabat Kelestarian Universiti (PKU) BJIM dan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) Universiti Sains Malaysia.
Lawatan ini dianjurkan sebagai platform pembelajaran dan inisiatif strategik PKTAAB untuk memperkasakan peserta mengenai amalan terbaik (best practices) dalam pelaksanaan inisiatif kelestarian yang telah berjaya dilaksanakan di Kampus Induk USM. Program ini turut bertujuan memperkukuh komitmen warga PKTAAB ke arah kecemerlangan audit kelestarian yang akan diadakan tidak lama lagi.
Program bermula dengan taklimat oleh Pengarah Pejabat Kelestarian Universiti iaitu ChM. Dr. Hjh Normaliza Binti Abdul Manaf iaitu Pengarah di Pejabat Kelestarian Universiti (PKU) seterusnya lawatan ke Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) dikelolakan oleh Pegawai Kelestarian Puan Sahida Banu binti Salim. Perkongsian merangkumi penerangan berkaitan dengan indikator yang terlibat dengan pengamalan pejabat hijau termasuk prinsip perolehan hijau, pengurusan sisa,kecekapan sumber,amalan lestari air dan penglibatan pelajar, staf dan komuniti. Peserta turut berpeluang meninjau pelaksanaan inisiatif kelestarian secara langsung serta bertukar pandangan mengenai cabaran dan pendekatan yang boleh diaplikasikan di PKTAAB.
Lawatan ini membuka ruang kepada perkongsian idea dan pengalaman yang mampu menjadi pemangkin kepada pelaksanaan program kelestarian yang lebih sistematik dan berimpak tinggi. Sepanjang lawatan peserta berpeluang untuk perbincangan dan pertukaran idea bersama pegawai yang terlibat bagi mendapatkan pandangan mengenai strategi pelaksanaan, cabaran serta faktor kejayaan yang boleh dijadikan rujukan dalam memperkukuh inisiatif kelestarian di PKTAAB.
Program ini diharapkan dapat memberi inspirasi kepada seluruh warga PKTAAB untuk terus melaksanakan penambahbaikan berterusan dalam pengurusan pejabat dan operasi harian, sekali gus menyokong aspirasi Universiti Sains Malaysia sebagai Kampus Lestari.