ABO Blood Type & Potential Link To Dementia Risk
May 26, 2026
PUSAT PERUBATAN USM BERTAM, July 31 2025
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) terus memperkukuh peranannya sebagai peneraju dalam bidang kesihatan melalui kunjungan hormat delegasi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), yang merupakan sebahagian daripada langkah strategik untuk meninjau keperluan Pusat Pakar Klinikal dan Penyelidikan Kanser (PPKPK).
Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan menyeluruh kepada pihak JPA dan KPT berkenaan kemudahan serta perkhidmatan rawatan kanser yang ditawarkan oleh PPKPK. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada proses rundingan cadangan perjawatan baharu berikutan usaha penaiktarafan IPPT kepada PPKPK. Ia merupakan kesinabungan kepada sesi runding cara permohonan perjawatan di bawah Anggaran Belanja Mengurus Tahun 2026 yang dipengerusikan oleh Pendaftar USM pada sebelah pagi.
Seramai tujuh orang delegasi yang hadir disambut mesra oleh Prof. Madya Dr. Bakiah Shaharuddin, Pengarah IPPT, bersama Timbalan Pengarah serta ketua-ketua bahagian. Para delegasi kemudiannya dibawa melawat ke Unit Onkologi untuk melihat dengan lebih dekat peralatan canggih serta prosedur perawatan kanser yang dilaksanakan.
Antara delegasi yang hadir ialah Encik Azhar Mohamad Yusof, Setiausaha Bahagian Perjawatan dan Organisasi KPT; Puan Noramiza Ahmad, Timbalan Pengarah Bahagian Perjawatan dan Organisasi JPA; Puan Nur Eswani Darus, Ketua Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KPT; Encik Mohd Azryil Azimie Mohamed Majmin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perjawatan dan Organisasi JPA; Cik Nadia Shohaimay, Penolong Pengarah Bahagian Perjawatan dan Organisasi JPA; Cik Nur Ashikin Ruslan dan Cik Qurratuainie Mohd Zubir, Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KPT. Mereka telah diiringi oleh Encik Mohd Jalaludin Azizan, Ketua Penolong Pendaftar, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar.
Sesi lawatan ini turut memberi peluang kepada para delegasi untuk memahami dengan lebih mendalam peranan PPKPK dalam menyediakan perkhidmatan perawatan kanser, selaras dengan matlamatnya untuk menjadi pusat latihan dan rujukan nasional dalam bidang onkologi serta penyelidikan kanser. Ini kerana PPKPK akan memperluas dimensi IPPT melalui pembinaan bangunan tambahan, perolehan peralatan baru dan pertambahan bilangan katil bagi meningkatkan kadar penghasilan tenaga pakar dalam bidang perubatan dan pergigian.
Delegasi kemudiannya dibawa melawat perkhidmatan rehabilitasi robotik Hybrid Assistive Limb (HAL) dan seterusnya ke Pusat Penyelidikan Haiwan (Animal Research Centre, ARC) bagi menghadiri sesi perbincangan kumpulan fokus bersama pihak pengurusan IPPT. Perbincangan tersebut tertumpu kepada keperluan perjawatan yang lebih mampan bagi menyokong operasi dan pertumbuhan masa hadapan PPKPK.
Lawatan strategik ini menjadi titik tolak penting dalam memperkukuh hubungan antara universiti, agensi perkhidmatan awam dan pembuat dasar, sekali gus mengukuhkan komitmen IPPT dalam menyediakan rawatan berkualiti tinggi melalui struktur pentadbiran dan tenaga kerja yang mantap.
Turut hadir meraikan delegasi ialah Profesor Madya Dr. Noor Khairiah A. Karim, Timbalan Pengarah Klinikal, Kelestarian dan Piawaian; Profesor Madya Dr. Muhamad Yusri Musa, Pakar Perunding Otorinolaringologi dan Surgikal Brakiterapi merangkap Ketua Bahagian Perkhidmatan Perubatan dan Pembedahan Pusat, Perubatan Universiti Sains Malaysia Bertam (PPUSMB); Dr. Jasmin Jalil, Pensyarah Perubatan merangkap Ketua Unit Onkologi dan Radioterapi; Encik Yusmadi Norashid, Ketua Pentadbiran; Encik Zulfaizal Abdul Majid, Ketua Seksyen Pengurusan; Encik Mohd Razmy Mohd Yusof, Ketua Unit Kerja Sosial Perubatan serta Encik Muhammad Hambali Soid, Ketua Seksyen Keselamatan.