ABO Blood Type & Potential Link To Dementia Risk
May 26, 2026
PUSAT PERUBATAN USM BERTAM, August 7 2025
Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia Bertam (PPUSMB) dan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) USM telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Lembaga Tabung Haji yang terdiri daripada wakil Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji Kuala Lumpur dan Lembaga Tabung Haji Negeri Pulau Pinang.
Lawatan ini bertujuan mendapatkan input mengenai perkhidmatan rawatan perubatan yang ditawarkan di PPUSMB, di samping membincangkan kerjasama strategik dalam memberikan perkhidmatan kesihatan kepada warga Lembaga Tabung Haji.
Delegasi Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji Kuala Lumpur diketuai oleh Puan Aishah binti Abdul Samad, Ketua Bahagian Operasi Modal Insan, bersama tiga pegawai kanan iaitu Puan Siti Fazlina binti Abdul Hamid (Ketua Cawangan Sistem dan Standardisasi), En. Abdul Rahman bin Yusof (Ketua Seksyen Saraan dan Kemudahan) dan En. Mohd Khairul Muzakir bin En. Mohd Jamel (Eksekutif Kemudahan – Perubatan).
Turut hadir dari Lembaga Tabung Haji Pulau Pinang ialah En. Fisol Bin Nayan (Pengarah Lembaga Tabung Haji Pulau Pinang), En. Mohd Safwan Bin Mohd Sidik (Ketua Pentadbiran dan Haji Negeri) dan En. Muhamad Asyraf Bin Anuer (Ketua Pemasaran Negeri).
PPUSMB pula diwakili oleh barisan kepimpinan klinikal yang diketuai PM Dr Noor Khairiah binti A. Karim, Timbalan Pengarah Klinikal PPUSMB, bersama ketua-ketua bahagian perkhidmatan PPUSMB merangkumi Perkhidmatan Perubatan dan Pembedahan, Pergigian, Sokongan Klinikal dan Kejururawatan. Turut hadir ialah wakil daripada Seksyen Kewangan dan Usains Healthcare Sdn Bhd.
Majlis bermula seawal jam 8.30 pagi dengan ketibaan delegasi di Lobi PPUSMB, disusuli sesi bergambar. Delegasi kemudiannya dibawa melawat fasiliti utama PPUSMB termasuk Klinik Pakar Perunding, Klinik Onkologi dan Radioterapi, Unit Perubatan Nuklear, Unit Kecemasan, Unit Perubatan Integratif, Klinik Pergigian dan Unit Senaman dan Rehabilitasi.
Sesi perbincangan rasmi antara pihak Lembaga Tabung Haji dan PPUSMB berlangsung di Bilik Seminar CRC (Cancer Research Centre) IPPT pada jam 10.30 pagi. Perbincangan meliputi taklimat mengenai perkhidmatan yang ditawarkan PPUSMB serta pembentangan daripada Lembaga Tabung Haji Pulau Pinang berhubung potensi kerjasama. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari sebelum delegasi berangkat pulang pada jam 1.00 petang.
Lawatan ini diharapkan dapat membuka ruang kerjasama strategik antara PPUSMB dan Lembaga Tabung Haji bagi memastikan warga Lembaga Tabung Haji mendapat akses perkhidmatan kesihatan yang komprehensif, berkualiti, dan mesra pelanggan.