Bahagian 2: Lebih Daripada Sekadar Luka Biasa: Otitis Eksterna, Malignant Otitis Eksterna (MOE) Dan Perikondritis.
Jul 08, 2026
PUSAT INTEGRASI SIMULASI KLINIKAL (I-CSC) YANG DIANJURKAN OLEH PUSAT PENGAJIAN PERUBATAN, KAMPUS KESIHATAN, USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN., May 18 2026
Pada 18-19 Mei 2026 yang lalu, seramai 3 orang staf Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB) terdiri daripada Puan Azleen Mat Sharif (Pegawai Sains), Pn. Nadia Nor Aiman Binti Mohd Noor (Penolong Pegawai Farmasi) dan Cik Amirah Nurulfirdaus Binti Zahirullail (Jururawat) yang mewakili pengurusan praktikal Makmal Akademik, Bahagian Akademik & Antarabangsa telah menghadiri Kursus Pengurusan Standardized Patient (SP) Management di Pusat Integrasi Simulasi Klinikal (i-CSC) yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Perubatan, Kampus Kesihatan, USM, Kubang Kerian, Kelantan.
Standardized Patient (SP) atau Pesakit Standardisasi merupakan individu yang dilatih untuk melakonkan keadaan kesihatan, simptom atau senario klinikal tertentu secara konsisten. Kaedah ini digunakan secara meluas dalam pendidikan dan latihan profesional kesihatan bagi membantu pelajar bidang perubatan mengasah kemahiran mereka untuk berkomunikasi dengan pesakit, mengambil tahu sejarah pesakit, menjalankan pemeriksaan klinikal serta membuat keputusan dalam persekitaran yang selamat dan terkawal.
Kursus ini disampaikan oleh Puan Haslinda Binti Dan (Ketua Jururawat) selaku penceramah yang berpengalaman dalam pengurusan SP di i-CSC. Sepanjang tempoh berkursus, peserta didedahkan kepada aspek pengurusan program SP termasuk pemilihan dan latihan SP, pembangunan senario simulasi, teknik moulage bagi menghasilkan kesan kecederaan atau simptom yang realistik, serta kaedah menilai keberkesanan sesi simulasi. Peserta turut berpeluang mengikuti aktiviti praktikal yang memberikan pengalaman secara langsung dalam mengendalikan simulasi berasaskan pesakit standardisasi.
Melalui gabungan sesi teori dan praktikal, peserta berpeluang meningkatkan kefahaman tentang peranan SP dalam menyokong pembangunan kompetensi klinikal, kemahiran komunikasi dan profesionalisme pelajar.
Penyertaan dalam kursus ini diharap dapat memperkukuh pengetahuan dan kemahiran staf dalam pelaksanaan latihan berasaskan simulasi, sekali gus menyokong usaha institusi meningkatkan kualiti pengajaran, pembelajaran dan penilaian kompetensi dalam bidang kesihatan.