PKTAAB Perkukuh Jenama, Lonjak Visibiliti Penyelidikan Menerusi Media
May 11, 2026
ONLINE, April 30 2025
PENGENALAN PROGRAM ECOSUSTAIN HUB DI IPPT
Seluruh warga IPPT kini berganding bahu menyertai dan mendokong inisiatif kelestarian melalui Program EcoSustain @ IPPT, satu usaha yang menjadi pemangkin kepada budaya hijau di peringkat institusi.Satu sesi Townhall telah diadakan pada 30 April 2025 untuk memperkenalkan sistem EcoSustain Hub kepada semua staf IPPT. Program ini telah menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada seluruh warga IPPT.
Sebagai sebuah institusi dalam bidang kesihatan dan penyelidikan, IPPT bukan sahaja bertanggungjawab terhadap pembangunan ilmu dan perkhidmatan, malah turut memikul tanggungjawab sosial serta alam sekitar.
Apa itu EcoSustain Hub?
EcoSustain Hub ialah sebuah platform digital yang mesra pengguna, dibangunkan bagi menyokong dan menggalakkan amalan kelestarian alam sekitar. Platform ini membolehkan pengguna merekod dan menjejak maklumat berkaitan usaha mesra alam dalam kehidupan seharian.
Antara contoh amalan yang boleh direkodkan termasuk pengurangan penggunaan plastik sekali guna, aktiviti kitar semula, serta pengurangan jejak karbon melalui penggunaan eBike atau berkongsi kenderaan sebagai alternatif pengangkutan.
Melalui input yang dimasukkan ke dalam platform, pengguna dapat menilai impak positif tindakan mereka terhadap alam sekitar. Selain itu, mereka juga dapat melihat bagaimana sumbangan individu atau komuniti ini selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals, SDGs), terutamanya dalam aspek perubahan iklim, penggunaan tenaga bersih, dan pembentukan komuniti yang lestari.
Manfaat dan Keistimewaan
Platform ini bukan sahaja berperanan dalam meningkatkan kesedaran, malah turut memupuk tindakan proaktif ke arah gaya hidup yang lebih hijau dan bertanggungjawab. Ia membantu meningkatkan prestasi kelestarian dengan:
Menariknya, pada tahun 2025, EcoSustain Hub telah dipilih sebagai salah satu Program Flagship IPPT, sekaligus memperkukuh usaha IPPT dalam merealisasikan agenda kelestarian. EcoSustain Hub, bukan sahaja dapat memupuk kesedaran dan tindakan proaktif, tetapi juga membantu meningkatkan imej IPPT dan PPUSMB sebagai entiti yang prihatin serta bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
Bagi staf IPPT, penyertaan dalam platform ini memberikan pelbagai kelebihan, antaranya:
Seruan untuk Warga IPPT
Pihak Jawatankuasa Kelestarian ingin mengajak semua warga IPPT untuk merebut peluang emas ini. Jom sertai EcoSustain Hub bukan sahaja untuk manfaat peribadi, tetapi juga untuk sama-sama membina budaya hijau, lestari, dan bertanggungjawab di IPPT.
Kelestarian@PPUSMB