PKTAAB Perkasa Pengesanan Awal Kanser Payudara Di Karnival Cimic – Maulid Ambang Kemerdekaan 2026
Aug 27, 2026
PICCA CONVENTION CENTRE, BUTTERWORTH ARENA, May 17 2025
Pasukan penyelidik dari Dementia Multidisciplinary Research Program (DMR-IPPT), Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia telah menyertai Karnival Kesihatan One Hope yang berlangsung meriah di PICCA Convention Centre, Butterworth Arena. Program ini merupakan inisiatif komuniti anjuran One Hope Charity & Welfare bagi menyampaikan saringan kesihatan secara percuma kepada masyarakat setempat.
Sepanjang dua hari karnival berlangsung, reruai DMR-IPPT telah menarik perhatian ramai pengunjung dengan pelbagai aktiviti interaktif dan ilmiah berkaitan kesihatan penuaan secara sihat. Penyertaan ini turut menjadi platform pendidikan awam yang penting dalam usaha meningkatkan kesedaran awal tentang kemerosotan kognitif dan demensia dalam kalangan warga Butterworth dan kawasan sekitarnya.
Aktiviti utama di reruai DMR-IPPT termasuklah:
Pasukan petugas di reruai DMR-IPPT terdiri daripada Prof. Madya Dr. Hazwani Ahmad Yusof @ Hanafi, Dr. Rohayu Hami, Dr. Siti Mardhiana Mohamad, Dr. Syamimi Shamsuddin, Dr. Noor Mastura Mujar, Dr. Nurdiana Zainol, dan Dr. Ernest Mangantig. Kesemua ahli pasukan memainkan peranan penting dalam memberikan pencerahan kepada pengunjung dengan pendekatan yang profesional tetapi mesra komuniti.
Karnival ini bukan sekadar acara kesihatan, malah menjadi jambatan ilmu dan kesedaran antara institusi akademik dan masyarakat umum. Pihak DMR-IPPT amat berbesar hati dapat menyumbang kepada usaha ini dan berharap untuk terus memperkasakan inisiatif awam seumpama ini pada masa hadapan.