ABO Blood Type & Potential Link To Dementia Risk
May 26, 2026
BERNAMA TV, WISMA BERNAMA, July 22 2025
Pensyarah dari Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia, Profesor Madya Ts Dr Fatanah Mohamad Suhaimi telah tampil sebagai panel jemputan dalam rancangan ‘Apa Khabar Malaysia’, yang disiarkan secara langsung di Bernama TV pada 22 Julai 2025 yang lalu. Rancangan tersebut telah dihoskan oleh Chad Le dan Herleena Pahlavy.
Beliau telah berkongsi pandangan dan kepakaran berkaitan ‘Pendekatan Kejuruteraan Bioperubatan dalam Inovasi Terapi Pertuturan’. Antara maklumat yang dikongsikan ialah penyelidikan yang dijalankan di IPPT, USM berkaitan terapi pertuturan. Menurut Dr Fatanah, IPPT giat menjalankan penyelidikan terapi pertuturan khususnya melibatkan pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di bahagian Seberang Perai Utara.
Teknologi berkaitan kejuruteraan bioperubatan turut dihuraikan secara ringkas dalam perkongsian tersebut. Selain itu, inovasi yang dibangunkan di IPPT, USM iaitu Flex EPGTM turut diketengahkan. Inovasi-inovasi dalam bidang ini amatlah penting memandangkan terdapat permintaan yang tinggi untuk mendapatkan rawatan pertuturan jika dibandingkan dengan pakar terapi yang terdapat dalam negara. Perkongsian tersebut juga melibatkan Dr Syatirah Mat Zin selaku penyelidik berkaitan terapi pertuturan.