Penyertaan Staf PKTAAB Meriahkan Sambutan Hari Pekerja 2026 Bersama Kontinjen USM
May 01, 2026
UNIFI ARENA, STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL, May 1 2026
Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2026 anjuran Kementerian Sumber Manusia Malaysia (KESUMA) telah berlangsung pada 1 Mei 2026 di Unifi Arena, Stadium Nasional Bukit Jalil. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato'Seri Anwar Ibrahim, dengan kehadiran lebih 15,000 pekerja dari seluruh negara yang merangkumi sektor awam, swasta, badan berkanun serta wakil kesatuan sekerja.
Kontinjen Universiti Sains Malaysia (USM) diwakili oleh seramai 84 ahli Kesatuan Kakitangan Am USM (KKAUSM) yang terdiri daripada kakitangan dari setiap kampus iaitu PKTAAB, Induk, Kesihatan dan Kejuruteraan.
PKTAAB pula diwakili oleh 10 orang staf daripada pelbagai peringkat jawatan, iaitu Puan Nazlina Mohamad Isa, Puan Srly Saman, Puan Harzelinda Zainor, Puan Najiah Mohd Saleh, Puan Ermarina Kamaruddin, Puan Sulaiha Mohamad, Puan Isma Aqilah Ngadiran, Puan Noorsharlinee Ariffin, Puan Hairunnisa Mohd Yusoff dan Encik Fitri Amidi Ahmad.
Bertemakan “Pekerja Madani Kesuma Bangsa”, Perdana Menteri telah mengumumkan tiga inisiatif utama yang memberi tumpuan kepada aspek kebajikan, perlindungan sosial serta pengukuhan daya tahan ekonomi golongan pekerja. Beliau turut menegaskan peranan penting pekerja sebagai tunjang kekuatan dan kemakmuran negara.
Secara keseluruhannya, penyertaan kontinjen USM dalam sambutan ini mencerminkan komitmen berterusan universiti dalam menghargai sumbangan warga kerja serta menyokong aspirasi negara ke arah memperkasa kesejahteraan dan kebajikan pekerja.