PKTAAB Newsletter Kini Tampil Berwajah Baru
Apr 30, 2026
PUSAT KANSER TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI, April 30 2026
Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB) dengan sukacitanya memperkenalkan PKTAAB Newsletter yang kini tampil dengan wajah baharu melalui platform digital yang lebih dinamik, interaktif dan mesra pengguna. Inisiatif ini merupakan satu langkah ke hadapan dalam memperkukuh penyampaian maklumat serta memperluas capaian kepada komuniti, selari dengan peranan PKTAAB sebagai institusi perubatan terkemuka dalam penyelidikan dan rawatan kanser.
PKTAAB Newsletter berfungsi sebagai gerbang maklumat yang mengetengahkan perkembangan terkini dalam penyelidikan perubatan, penemuan saintifik, serta pandangan pakar daripada tenaga profesional di Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB). Melalui platform ini, pengguna dapat mengikuti pelbagai kandungan menarik seperti artikel ilmiah, kisah inspirasi pesakit, inovasi rawatan, serta pencapaian dan aktiviti terkini institusi.
Seiring dengan komitmen untuk memperkasa komuniti melalui penyebaran ilmu, platform digital ini direka bagi memenuhi keperluan pelbagai lapisan pengguna termasuk profesional kesihatan, penyelidik, pesakit, dan masyarakat umum yang berminat terhadap perkembangan bidang perubatan.
Antara platform yang disediakan adalah:
• Online Newsletter: Paparan terkini serta arkib bulanan yang boleh diakses melalui:
• PKTAAB Magazine: Penerbitan digital dwitahunan (e-ISSN: 2735-041X)
Dalam masa yang sama, diumumkan penerbitan terkini AMDI Magazine Vol. 6, Issue 2, 2025 yang memuatkan pelbagai artikel berkualiti, inovasi terkini serta sorotan pencapaian bagi pertengah akhir tahun 2025. Edisi ini boleh diakses melalui pautan berikut:
https://news.amdi.usm.my/magazine
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Seksyen Teknologi Digital, PKTAAB atas komitmen dan kepakaran dalam membangunkan serta merealisasikan portal dan sistem ini. Sumbangan dan dedikasi mereka amat dihargai dalam memastikan kejayaan pelaksanaan platform digital ini.
Diharapkan transformasi ini dapat menjadi medium penyampaian yang lebih efektif dalam menghubungkan sains perubatan dengan masyarakat, seterusnya memperkukuh peranan PKTAAB sebagai peneraju dalam penyelidikan dan kecemerlangan klinikal.