Bahagian 2: Lebih Daripada Sekadar Luka Biasa: Otitis Eksterna, Malignant Otitis Eksterna (MOE) Dan Perikondritis.
Jul 08, 2026
AUDITORIUM SAINS@BERTAM, June 23 2026
PKTAAB PERKASAKAN PRODUKTIVITI PENYELIDIKAN MELALUI BENGKEL PRAKTIKAL PENULISAN SAINTIFIK DAN GERAN PENYELIDIKAN
BERTAM, 23 Jun 2026 – Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB) mengambil langkah inisiatif strategik bagi memperkasakan ahli akademik klinikal melalui penganjuran Bengkel Penulisan Saintifik dan Permohonan Geran Penyelidikan. Program dua siri yang berlangsung pada 19 Jun dan 23 Jun 2026 ini mensasarkan pensyarah perubatan dan pelajar Sarjana Perubatan (MMed) untuk memangkinkan lagi penerbitan saintifik dan perolehan dana penyelidikan.
Dalam ucapan perasmiannya, Pengarah PKTAAB, Prof. Madya Dr. Bakiah Shaharuddin, menekankan bahawa produktiviti akademik, terutamanya penerbitan dan kejayaan geran, merupakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang kritikal bagi setiap pensyarah perubatan.
Beliau menarik perhatian kepada isu di mana banyak kerja klinikal dan disertasi MMed yang belum diterjemahkan ke dalam bentuk penerbitan jurnal, sekali gus merugikan potensi impak penyelidikan klinikal.
"Bengkel ini dirangka khusus untuk menangani jurang tersebut melalui pendekatan berorientasikan hasil (outcome-driven). Kita mahu setiap peserta bukan sekadar belajar teori, tetapi pulang dengan hasil yang nyata," tegas Dr. Bakiah dalam ucapan beliau. Program dirangka membantu setiap peserta mencapai objektif output yang ditetapkan.
Bengkel Penulisan Saintifik pada 19 Jun memfokuskan kepada teknik penulisan manuskrip menggunakan struktur IMRAD yang betul. Selaras perkembangan kecerdasan buatan kepada awam, bengkel turut memperkenalkan penggunaan LLM (Large Language Models) secara beretika bagi membantu memantapkan penyuntingan bahasa dan meningkatkan kejelasan penulisan. Sesi ini dikendalikan oleh Profesor Dr. Badrul Hisham, Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Jaringan) dan Prof. Madya Dr. Intan Juliana Abd Hamid.
Pemantapan Permohonan Geran dan Sistem VOT Siri kedua yang diadakan pada 23 Jun pula memberi tumpuan kepada penyediaan kertas cadangan geran yang kompetitif. Peserta dibimbing dalam aspek perancangan bajet yang realistik serta pematuhan prosedur kewangan institusi melalui sistem VOT. Sesi ini bakal menampilkan penceramah jemputan antaranya Profesor Dr. Liza Sharmini Ahmad Tajudin dan Prof. Madya Ts. Chm. Dr. Noorfatimah Yahaya.
Program ini mengharap dapat membantu peserta dalam menghasilkan sekurang-kurangnya satu manuskrip ke jurnal serta mendapatkan geran penyelidikan pada tahun ini.
Bengkel yang dianjurkan bersama oleh Bahagian Penyelidikan, Inovasi dan Jaringan dan diselaraskan oleh Prof. Madya Dr. Intan Juliana Abd Hamid dan Prof. Madya Dr. Mohd Hafiz Mohd Zin ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada budaya penyelidikan yang lebih mantap di PKTAAB, selaras dengan statusnya sebagai pusat kecemerlangan kanser.
Pengarang Berita: Naziroh Shafii dan Prof. Madya Dr. Mohd Hafiz
Jurugambar: Safri Zainal Abidin
23 Jun 2026