Sambutan Hari Warga Emas Sedunia 2026 Perkukuh Kesedaran Penuaan Sihat
Oct 03, 2026
SAINS@BERTAM, IPPT USM, October 1 2025
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) telah mengadakan Program Orientasi Calon Baharu Sarjana Sains dalam Sains Senaman Klinikal dan Mod Penyelidikan bagi Sidang Akademik 2025/2026 bertempat di Auditorium Sains@Bertam, Blok B, IPPT, Kepala Batas.
Program dimulakan dengan sesi pendaftaran sebelum diteruskan dengan ucapan Selamat Datang dan Taklimat mengenai Hal Ehwal Akademik & Pelajar disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Hazwani Ahmad Yusof@Hanafi (Timbalan Pengarah (Akademik & Antarabangsa) yang mewakili Pengarah IPPT.
Seterusnya, Prof. Madya Dr. Noor Khairiah A. Karim, Timbalan Pengarah (Klinikal, Kelestarian & Piawaian), menyampaikan taklimat Pengenalan kepada Perkhidmatan Klinikal IPPT.
Taklimat mengenai Pengenalan Bahagian Penyelidikan & Jaringan disampaikan oleh Prof. Dr. Badrul Hisham Yahaya, Timbalan Pengarah (Penyelidikan & Jaringan). Encik Muhammad Hambali Soid, Pegawai Keselamatan, menyampaikan taklimat mengenai Seksyen Keselamatan. Puan Nur Anis Syamimi Mohammad Azmi, Penolong Pendaftar (Akademik & Antarabangsa), memberi penerangan mengenai Hal Ehwal Akademik IPPT. Dr. Maisarah Nasution Waras pula memberikan penerangan berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH).
Encik Mohammad Fauzi Yahaya, Ketua Pegawai Teknologi Maklumat IPPT, menyampaikan taklimat Pengenalan Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT). Sementara itu, Dr. Ying Chee Keat menyampaikan taklimat mengenai Pengenalan Kelestarian IPPT.
Puan Lizawati Muhammadan, Ketua Bahagian Perpustakaan IPPT, memberikan taklimat serta membawa peserta melawat Perpustakaan IPPT. Seterusnya, Dr. Siti Hawa Ngalim selaku Penasihat Persatuan Pelajar IPPT menyampaikan taklimat mengenai AMDI Student Association (ASA). Dr. Nurdiana Zainol Abidin, Ketua Program Sarjana Sains dalam Sains Senaman Klinikal, turut menyampaikan Pengenalan kepada Program Sarjana Sains dalam Sains Senaman Klinikal.
Taklimat mengenai Kompleks Penyelidikan Haiwan (ARC) dan Seksyen Makmal Penyelidikan Berpusat disampaikan oleh Puan Rafedah Abas, Pegawai Sains manakala Seksyen Penyelidikan Haiwan diterangkan oleh Dr. Nor Azlina Khalil.
Seksyen Perubatan pula dikendalikan oleh Encik Mohd Razmy Mohd Yusof, Ketua Kerja Sosial Perubatan. Bagi Rawatan Harian dan Makmal Diagnostik Lanjutan, taklimat disampaikan oleh Puan Sharidah Shaari, Ketua Perkhidmatan Kejururawatan. Lawatan ke Unit Farmasi dikendalikan oleh Encik Md Hisham Abd Razak, Pegawai Farmasi. Lawatan terakhir adalah ke Perkhidmatan Pergigian PPUSMB yang disambut oleh Prof. Dr. Norehan Mokhtar, Ketua Perkhidmatan Pergigian PPUSMB.
Program suai kenal ini diadakan pada setiap pengambilan pelajar baharu bagi memberi peluang kepada mereka memahami dan menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran serta fasiliti terkini di IPPT. Melalui program orientasi ini juga, hubungan antara pelajar dan kakitangan Bahagian Akademik & Antarabangsa dapat dieratkan.