PKTAAB Newsletter Kini Tampil Berwajah Baru
Apr 30, 2026
PUSAT PERUBATAN USM BERTAM, December 13 2025
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) terus komited dalam menyokong agenda pembangunan mampan dengan mempromosikan kesihatan, kesejahteraan dan keterangkuman komuniti melalui penganjuran Program Ride for Liver Health: IPPT Community Edition. Program berkonsepkan kesihatan dan kekeluargaan ini berjaya menarik penyertaan kira-kira 80 orang peserta bersama ahli keluarga masing-masing.
Program anjuran Program Penyelidikan Advanced Management of Liver Malignancies (Liver- ENRICH) ini dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Zahri Abdul Aziz dan berlangsung di Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB). Penganjuran program ini selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) khususnya SDG 3 (Kesihatan dan Kesejahteraan), SDG 8 (Pekerjaan Layak dan Pertumbuhan Ekonomi) melalui sokongan terhadap persekitaran kerja yang sihat dan produktif, serta SDG 10 (Mengurangkan Ketidaksamarataan) dengan memupuk penyertaan inklusif melibatkan staf, pelajar dan keluarga.
Programdimulakandenganaktivitiberbasikal/ebikedan berjalan pantas (briskwalk) secarasantaidisekitarkawasan PPUSMB dan Kompleks Penyelidikan Kanser (CRC). Aktiviti ini disertai oleh peserta daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang, sekali gus mencerminkan sokongan warga IPPT terhadap amalan gaya hidup aktif yang menyumbang kepada kesihatan fizikal dan mental.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan aluan dan perasmian oleh Pengarah IPPT, YBrs.Prof.MadyaDr.BakiahShaharuddin.TuruthadirmemeriahkanprogramialahProf.Dr. Siti Noor Fazliah Mohd Noor, Timbalan Pengarah (Pembangunan Projek Khas) dan Prof. Madya Dr. Noor Khairiah A. Karim, Timbalan Pengarah (Klinikal, Kelestarian dan Piawaian). Dalam ucapannya, Pengarah IPPT menzahirkan penghargaan kepada pihak penganjur dan jawatankuasa kerja atas usaha menganjurkan program berimpak yang menggabungkan elemen kesihatan, riadah dan penglibatan komuniti, di samping menekankan kepentingan pencegahan awal dan pendidikan kesihatan dalam menangani isu kanser hati.
Programturutdiisidenganceramahringkasbertajuk“JagalahHatimu”yangdisampaikanoleh Prof. Madya Dr. Hasni Arsad, selain pameran Liver Cancer Awareness yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai faktor risiko, langkah pencegahan dan kepentingan pengesananawal.Aktivitidermadarahsertasudutmewarnakanak-kanakturutdiadakanbagi memastikan penyertaan menyeluruh dan mesra keluarga, selari dengan prinsip keterangkuman.
Kemuncak program menyaksikan pelbagai permainan sukaneka bertema kesihatan hati seperti Hati Bukan Kristal, Fight Liver Cancer: Sharpshooter Challenge, Kau Curi Hatiku, Tenangkan Hatimu, Stabilkan Kayuhanmu dan Satukan Hatimu, Jalinkan Basikalmu. Aktiviti-aktivitiinibukansahajamenceriakansuasana,malahberjayamenyampaikanmesejkesihatan secara kreatif dan mudah difahami oleh semua lapisan umur.
Program diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah dan edaran makanan. Secara keseluruhannya, penganjuranRideforLiverHealth:IPPTCommunityEditionberjayamencapai objektif dalam meningkatkan kesihatan fizikal dan mental, menyokong suasana kerja yang sihatdanproduktif,sertamemupukpenyertaaninklusifdalamkalangankomunitiIPPT,sejajar dengan komitmen IPPT terhadap agenda pembangunan mampan dan kesejahteraan warga institusi.