ABO Blood Type & Potential Link To Dementia Risk
May 26, 2026
KG ORANG ASLI ULU LEGONG, BALING KEDAH DAN KG ORANG ASLI ULU GERIK, GERIK PERAK, September 4 2025
Sebagai usaha meningkatkan tahap kesihatan kardiovaskular dalam komuniti terpinggir, satu program saringan kesihatan jantung telah dilaksanakan melibatkan masyarakat Orang Asli di Kampung Ulu Legong, Baling, Kedah pada 26 Julai 2025 dan Kampung Ulu Gerik, Perak pada 2 Ogos 2025. Program ini bertujuan untuk mengesan faktor risiko penyakit jantung seperti hipertensi, diabetes, kolesterol tinggi dan obesiti dalam kalangan komuniti, selain memberi pendedahan awal berkaitan penjagaan kesihatan jantung.
Saringan dilakukan oleh pasukan perubatan melibatkan pemeriksaan tekanan darah, bacaan glukosa dan kolestrol darah, ukuran indeks jisim badan (BMI), dan pemeriksaaa Elektrokardiografi (EKG) untuk mengesan masalah kardiovaskular. Sesi pendidikan kesihatan turut diadakan bagi memberi pengetahuan asas mengenai gaya hidup sihat, pemakanan seimbang dan kepentingan melakukan aktiviti fizikal. Hasil daripada pemeriksaan berikutan dengan abnormal EKG antaranya adalah masalah arithmia iaitu degupan jantung tidak normal, 4 daripada 52 penduduk yang melakukan saringan dari Kampung Orang Asli Ulu Legong, Baling, Kedah dan 2 daripada 54 penduduk yang melakukan saringan dari Kampung Orang Asli Ulu Gerik, Gerik , Perak diberikan surat rujukan untuk pemeriksaan lanjut di Klinik Kesihatan berdekatan.
Secara keseluruhannya, Program Saringan Awal Ke Arah Jantung Sihat dalam masyarakat Orang Asli ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Diharapkan kesinambungan program seperti ini akan terus dijalankan demi meningkatkan tahap kesihatan masyarakat Orang Asli serta mengurangkan risiko penyakit jantung pada masa hadapan.
Pendekatan dalam menyantuni komuniti dan memastikan akses kesihatan yang adil dan saksama untuk semua lapisan masyarakat, termasuk masyarakat Orang Asli yang sering berdepan kekangan dari segi akses dan kesedaran kesihatan. Inisiatif ini merupakan salah satu pendekatan menyeluruh bagi meningkatkan kesedaran kesihatan, khususnya berkaitan penyakit jantung, dalam kalangan komuniti rentan. Program ini yang menekankan kepedulian dan keterangkuman dalam usaha memperkasa kesejahteraan rakyat secara holistik.
Klik untuk video Program Kesihatan Jantung di Kalangan Masyarakat Orang Asli.mp4