Penyertaan Staf PKTAAB Meriahkan Sambutan Hari Pekerja 2026 Bersama Kontinjen USM
May 01, 2026
KOMPLEKS PENYELIDIKAN HAIWAN, May 23 2025
Senamrobik Perdana ARC | Minggu Kelestarian USM 2025
Program Senamrobik Perdana ARC yang telah dilaksanakan pada 23 Mei 2025, Jumaat di Kompleks Penyelidikan Haiwan (ARC), IPPT merupakan antara inisiatif Minggu Kelestarian USM 2025 bagi memupuk gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan staf dan pelajar.
Acara dimulakan dengan ucapan ringkas daripada Profesor Dr. Badrul Hisham Yahaya, Timbalan Pengarah Penyelidikan dan Jaringan, yang menyeru warga ARC agar terus mengamalkan gaya hidup sihat sebagai sebahagian daripada budaya kerja lestari di USM.
Aktiviti senamrobik selama 45 minit dipimpin oleh En. Norhiman Ahmad, seorang instruktor bertauliah dari Seksyen Makmal Penyelidikan Berpusat (CRL). Dengan gaya penyampaian yang bertenaga dan mesra, beliau berjaya menceriakan suasana dan memastikan semua peserta terlibat secara aktif dan menyeronokkan. Program ini menerima penyertaan yang menggalakkan daripada warga ARC, merangkumi pelajar dan staf dari pelbagai bahagian di IPPT, dengan kehadiran seramai 35 orang peserta.
Bagi melengkapkan aktiviti pagi yang bertenaga ini, peserta disajikan dengan juadah sarapan pagi sihat, selaras dengan matlamat USM ke arah komuniti kampus yang lebih sihat dan lestari. Istimewanya menu ini adalah sumbangan daripada warga ARC sendiri.
Senamrobik Perdana ARC telah membuktikan bahawa aktiviti fizikal bukan sahaja bermanfaat untuk kesihatan tubuh, malah mampu mengeratkan hubungan sesama warga staf dan pelajar di ARC. Program ini jugamenyokong Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goal, SDG) 3: Kesihatan Baik dan Kesejahteraan, sejajar dengan matlamatUniversiti Sains Malaysia dalam agenda kelestarian dan kesejahteraan komuniti.
#SustainabilityUSM
#GreenCampusUSM
#WeLead