PKTAAB Perkukuh Kerjasama Antarabangsa Melalui Mobiliti Pelajar Walailak University, Thailand
Jun 08, 2026
SAINS@BERTAM, January 24 2025
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) telah menganjurkan kiosk pendaftaran myDigital ID dan MyHRMIS Mobile. Kiosk pendaftaran ini diadakan untuk tujuan pendaftaran myDigital ID dan MyHRMIS bagi warga IPPT di Sains@Bertam. Kiosk ini bermula dari jam 9 pagi hingga 1 tengah hari.
Pendaftaran dibuka kepada Warganegara Malaysia sahaja yang memiliki kad pengenalan manakala staf digalakkan memuat turun aplikasi MyHRMIS Mobile sebelum membuat pendaftaran MyDigital ID.
Objektif utama kiosk ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada para kakitangan awam mengenai kemudahan pengesahan identiti secara digital bagi pengguna di Malaysia. MyDigital ID dapat digunakan untuk bertransaksi secara dalam talian dan berinteraksi dengan aplikasi. Selain itu, manfaat MyDigital ID termasuk mengurangkan risiko penipuan identiti dan mempermudahkan log masuk ke pelbagai aplikasi.
MyDigital ID dikembangkan oleh MIMOS Berhad, sebuah agensi di bawah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).Melalui pendaftaran ini, diharapkan semua kakitangan dapat memudahkan log masuk ke pelbagai sistem yang disediakan oleh pihak kerajaan tanpa perlu mendaftar di pelbagai tempat, sekaligus melicinkan dan mempercepatkan proses urusan dengan aplikasi kerajaan.
Terdapat 6 fungsi MyHRMIS Mobile iaitu MyHRMIS, MyHRMIS SELF CHECK, MyHRMIS KELUAR PEJABAT, MyHRMIS PROFIL, MyHRMIS CAR dan MyHRMIS EGL. Dengan adanya pendaftaran MyDigital ID, secara tidak langsung dapat memudahkan kakitangan mendapatkan maklumat yang tepat dan cepat.