PKTAAB Newsletter Kini Tampil Berwajah Baru
Apr 30, 2026
February 23 2026
Cancer treatment can weaken the body's ability to fight germs. This means infections can occur more easily and may become serious if not treated early. For this reason, preventing infections is an important part of staying healthy during cancer care. Simple daily actions can help protect the body and reduce worry.
Keeping hands clean is one of the most effective ways to prevent infections. Regularly washing hands with soap and water helps remove germs before they can enter the body. Hands should be washed before eating, after using the toilet, and after touching shared objects. When soap and water are not available, hand sanitiser can be used as an alternative. Additionally, avoiding contact with people who are sick is important; individuals with colds, flu, or fever should refrain from visiting. Crowded places increase the risk of catching germs, so wearing a mask can offer added protection. Family members and caregivers should also practice good hand hygiene to help keep everyone safe. Eating safely helps prevent foodborne infections. Fruits and vegetables should be washed well, and food should be fully cooked. Raw or undercooked foods should be avoided. Drinking clean water and properly storing food can also reduce the risk of illness. Taking care of the mouth and skin helps stop germs from entering the body. Teeth should be brushed gently with a soft toothbrush, and lips should be kept moist. Any mouth pain or sores should be reported to the healthcare team. Cuts or wounds on the skin should be cleaned and covered until they heal.
Some vaccines can help prevent infections, but not all are safe during cancer treatment. Always ask your doctor before getting any vaccine. Family members may also need vaccines to help protect them. It is important to know the early signs of infection. Fever, chills, cough, sore throat, pain when passing urine, or redness and swelling should be reported to a doctor immediately. Getting help early can prevent serious problems. Getting enough rest, eating healthy food, and following medical advice all help the body stay stronger.
You are not alone in this journey. By taking simple steps every day, you can help protect yourself and stay safer during cancer treatment.
Kekal Selamat daripada Jangkitan Semasa Rawatan Kanser
Rawatan kanser boleh melemahkan keupayaan tubuh untuk melawan kuman. Ini bermaksud jangkitan boleh berlaku dengan lebih mudah dan mungkin menjadi serius jika tidak dirawat lebih awal. Oleh sebab itu, mencegah jangkitan merupakan bahagian penting dalam menjaga kesihatan semasa menjalani rawatan kanser. Amalan harian yang mudah boleh membantu melindungi tubuh dan mengurangkan kebimbangan.
Menjaga kebersihan tangan merupakan antara cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan. Membasuh tangan secara berkala dengan sabun dan air membantu menyingkirkan kuman sebelum ia memasuki tubuh. Tangan perlu dibasuh sebelum makan, selepas menggunakan tandas dan selepas menyentuh objek yang dikongsi bersama. Jika sabun dan air tidak tersedia, pensanitasi tangan boleh digunakan sebagai alternatif. Selain itu, mengelakkan kontak dengan individu yang sedang sakit adalah penting. Mereka yang mengalami selesema, demam, atau batuk tidak seharusnya datang melawat pesakit. Tempat yang sesak meningkatkan risiko terdedah kepada kuman, maka pemakaian pelitup muka boleh memberikan perlindungan tambahan. Ahli keluarga dan penjaga juga perlu mengamalkan kebersihan tangan yang baik bagi memastikan keselamatan semua.
Pengambilan makanan yang selamat membantu mencegah jangkitan bawaan makanan. Buah-buahan dan sayur-sayuran perlu dibasuh dengan bersih dan makanan perlu dimasak sepenuhnya. Makanan mentah atau separuh masak harus dielakkan. Meminum air yang bersih serta menyimpan makanan dengan cara yang betul juga dapat mengurangkan risiko penyakit.
Penjagaan mulut dan kulit membantu menghalang kuman daripada memasuki tubuh. Gigi perlu diberus dengan lembut menggunakan berus gigi yang lembut, dan bibir perlu sentiasa dilembapkan. Sebarang kesakitan atau luka di dalam mulut perlu dimaklumkan kepada pasukan penjagaan kesihatan. Luka atau calar pada kulit perlu dibersihkan dan ditutup sehingga sembuh.
Sesetengah vaksin boleh membantu mencegah jangkitan, namun tidak semua vaksin selamat semasa rawatan kanser. Pesakit perlu bertanya atau merujuk kepada doktor perubatan terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang vaksin. Ahli keluarga juga mungkin memerlukan vaksin untuk membantu melindungi pesakit. Mengetahui tanda awal jangkitan amatlah penting dalam hal ini. Demam, menggigil, batuk, sakit tekak, sakit ketika membuang air kecil, atau kemerahan dan bengkak perlu dilaporkan kepada doktor dengan segera. Mendapatkan rawatan awal boleh mencegah komplikasi yang serius. Mendapatkan rehat yang mencukupi, mengambil makanan yang sihat, dan mematuhi nasihat perubatan membantu tubuh kekal lebih kuat.
Anda tidak keseorangan dalam perjalanan ini. Dengan mengambil langkah-langkah mudah setiap hari, anda boleh membantu melindungi diri dan kekal lebih selamat sepanjang rawatan kanser.