Fan Therapy In Palliative Care: A Simple, Evidence-Based Non-Pharmacological Approach To Relieve Breathlessness
Aug 20, 2026
SEKOLAH KEBANGSAAN BERTAM PERDANA, PULAU PINANG, August 18 2026
KEPALA BATAS, 18 Ogos 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) terus memperkukuh usaha membudayakan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kalangan generasi muda menerusi penganjuran Program STEM Outreach @ SK Bertam Perdana yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Bertam Perdana, Pulau Pinang hari ini.
Program yang menyasarkan khususnya murid Tahun 1 ini bertujuan menyemai minat, meningkatkan kesedaran serta membina kecenderungan terhadap bidang STEM sejak peringkat awal pendidikan rendah melalui pengalaman pembelajaran yang interaktif, menyeronokkan dan berkaitan dengan aplikasi dunia sebenar.
Penganjuran program ini turut menjadi platform kepada warga akademik dan penyelidik USM untuk berkongsi ilmu serta pengalaman dalam bidang STEM bersama murid sekolah. Penglibatan tenaga pakar daripada USM memberi peluang kepada para peserta meneroka ilmu pengetahuan di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif.
Sepanjang program berlangsung, murid didedahkan kepada pelbagai aktiviti STEM yang berkonsepkan pembelajaran secara praktikal (hands-on), eksperimen, demonstrasi dan penyelesaian masalah. Pendekatan ini dirangka bagi menjadikan proses pembelajaran lebih menarik serta memberikan pengalaman yang bermakna kepada murid.
Penglibatan PKTAAB turut menjadi antara komponen penting dalam menjayakan program ini apabila 7 daripada keseluruhan 14 aktiviti STEM dikendalikan oleh para penyelidik PKTAAB. Penglibatan tersebut mencerminkan komitmen PKTAAB dalam memperluas perkongsian ilmu dan kepakaran penyelidikan kepada komuniti, khususnya dalam membentuk minat terhadap STEM sejak peringkat awal pendidikan.
Antara aktiviti yang dikendalikan oleh penyelidik PKTAAB ialah Misi Agen Jantung Cilik, Manusia dan Kuman, Jom Hasilkan Ecosoap!, Jom Jadi Saintis Haiwan, Senyum Sihat Bersama STEM, Cells on the Move serta Pipette and Spell. Aktiviti-aktiviti ini dirangka dalam bentuk interaktif dan hands-on bagi memberi peluang kepada murid meneroka konsep sains melalui pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan mudah difahami.
Melalui penglibatan tersebut, para penyelidik PKTAAB bukan sahaja berkongsi pengetahuan dalam bidang sains dan kesihatan, malah berperanan sebagai pemudah cara dalam mencetuskan rasa ingin tahu, kreativiti serta kemahiran berfikir secara kritis dalam kalangan murid. Pendekatan pembelajaran secara langsung ini diharap dapat memberikan gambaran awal kepada murid tentang kepentingan STEM dalam kehidupan seharian serta membuka ruang untuk mereka mengenali kerjaya dan bidang penyelidikan pada masa hadapan.
Penglibatan tersebut mencerminkan komitmen PKTAAB dalam memperluas perkongsian ilmu dan kepakaran penyelidikan kepada komuniti, khususnya dalam membentuk minat terhadap STEM sejak peringkat awal pendidikan.
Pendekatan pembelajaran secara langsung ini diharap dapat memberikan gambaran awal kepada murid tentang kepentingan STEM dalam kehidupan seharian serta membuka ruang untuk mereka mengenali kerjaya dan bidang penyelidikan pada masa hadapan.
Program ini juga mencerminkan komitmen USM dalam memperkukuh jaringan kerjasama dengan komuniti pendidikan bagi membangunkan ekosistem pembelajaran STEM yang mampan serta menyokong usaha melahirkan modal insan berkemahiran tinggi selaras dengan aspirasi negara.
Majlis kemudiannya diakhiri dengan ucapan perasmian penutup oleh Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman bin Mohamed. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan memberikan pendedahan kepada bidang sains sejak usia muda bagi membina asas pengetahuan yang kukuh dalam kalangan generasi masa hadapan.
Beliau turut memuji usaha para penyelidik yang sanggup meninggalkan tugasan hakiki untuk bersama-sama menjayakan program outreach serta memberi impak positif kepada masyarakat. "Matlamat kita bukan sekadar membuat program, tetapi memastikan masa hadapan anak-anak ini terjamin dengan asas sains yang kukuh, sebagaimana pendekatan di negara maju yang mendedahkan kanak-kanak kepada sains seawal usia lima tahun," ulas beliau lagi.
Penganjuran Program STEM Outreach @ SK Bertam Perdana merupakan antara usaha berterusan USM dalam memperluas impak ilmu kepada masyarakat serta mendekatkan kepakaran universiti dengan komuniti sekolah melalui pendekatan pendidikan yang kreatif, interaktif dan berorientasikan masa hadapan.
Program ini diharap dapat terus menjadi platform berimpak dalam menyemai minat terhadap STEM sejak peringkat awal pendidikan, di samping memperkukuh hubungan strategik antara USM, sekolah dan komuniti dalam membangunkan generasi yang berpengetahuan, kreatif, inovatif dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.