Achievement

Pembangun Sistem E-KKA Dari Seksyen Transformasi Digital IPPT Diraikan Di Majlis Penghargaan Oleh KKAUSM

Published : 29 August 2025

Majlis Penghargaan
AUDITORIUM SAINS@BERTAM, August 28 2025 -
Dua pegawai Seksyen Transformasi Digital, Institut Perubahan Dan Pergigian Termaju (IPPT) diraikan kerana telah membantu KKAUSM dalam membangun sistem E-KKA.
Penerima penghargaan tersebut adalah:

1. Puan Nurulhuda binti Abdul Jais
    (Pegawai Teknologi Maklumat)
2. Puan Noor A’kidah binti Ubaidillah
   (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat)

Kesatuan Kakitangan Am Universiti Sains Malaysia (KKAUSM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada dua pegawai dari Seksyen Transformasi Digital, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), USM Bertam, Pulau Pinang, atas sumbangan cemerlang mereka dalam pembangunan Sistem E-KKA bagi Fasa 1 dan Fasa 2 sehingga berjaya disiapkan dan dilancarkan secara rasmi pada 22 Julai 2025.

Sistem E-KKA merupakan sebuah platform digital yang merangkumi dua modul utama iaitu:

* Modul Maklumat Ahli KKAUSM
* Modul Surat Pengesahan Digital Ahli KKAUSM

Sebagai penghargaan atas komitmen dan dedikasi yang telah diberikan, pihak Jawatankuasa KKAUSM dengan sukacitanya telah mengadakan Majlis Penghargaan Khas sempena Mesyuarat bulanan KKAUSM, yang berlangsung seperti berikut:

Tarikh: 28 Ogos 2025 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Dewan Auditorium, Blok B, Sains@Bertam, Universiti Sains Malaysia, Bertam, Pulau Pinang

KKAUSM turut mengucapkan tahniah kepada semua ahli atas kejayaan mewujudkan sistem digital yang berprestij ini, yang dijangka akan meningkatkan kecekapan pengurusan dan perkhidmatan kepada ahli kesatuan.


Scroll to Top