
Sel Selanjar kanser payudara, MCF-7 yang mengalami piroptosis. Anak panah merah menunjukkan protrusi seperti buih . Anak panah kuning menunjukkan pecahnya membrane plasma.
Piroptosis: Mekanisme Kematian Sel
yang Mencetuskan Keradangan
Dr Nozlena
Abdul Samad, Julia Joseph
Dr Nozlena Abdul
Samad : https://experts.usm.my/cvitae/nozlena
Jabatan Toksikologi,
Insitut Perubatan
dan Pergigian Termaju (IPPT)
Pengenalan
Kematian sel merupakan proses biologi penting yang memastikan
keseimbangan (homeostasis) dalam tubuh. Secara umum, kematian sel boleh
berlaku secara terancang (programmed cell death) atau akibat kecederaan
akut.
Apoptosis ialah bentuk kematian sel terancang yang paling banyak diketahui. Namun,
dalam dua dekad kebelakangan ini, saintis telah mengenal pasti satu lagi bentuk
unik kematian sel yang dinamakan piroptosis (Yan et al., 2020).
Piroptosis berbeza daripada apoptosis kerana sifatnya yang pro-radang,
iaitu kematian sel yang disertai dengan pelepasan isyarat yang mencetuskan
tindak balas imun dan keradangan (Yu et al., 2021). Proses ini melibatkan protein
keluarga Gasdermin yang membentuk liang pada membran plasma, menyebabkan
pecahnya sel dan pembebasan kandungan sitoplasma yang memicu keradangan (Zuo et
al., 2021). Mekanisme ini berperanan penting dalam pertahanan terhadap
jangkitan, tetapi boleh mendatangkan kerosakan tisu sekiranya berlaku secara
berlebihan.
![]() |
Sel Selanjar
kanser payudara, MCF-7yang mengalami piroptosis. Anak panah merah menunjukkan protrusi
seperti buih . Anak panah kuning menunjukkan pecahnya membrane plasma.
Sejarah Penemuan Piroptosis
Istilah piroptosis diperkenalkan pada awal tahun
2000-an. Sebelum itu, fenomena ini sering disalah tafsir sebagai apoptosis
kerana kedua-duanya melibatkan kematian sel terancang. Walau bagaimanapun,
kajian molekul membuktikan bahawa piroptosis mempunyai perbezaan ketara dari
aspek enzim yang terlibat, ciri morfologi serta kesan fisiologi (Dejas et al.,
2023).
Perkataan piroptosis
berasal daripada bahasa Yunani: pyro (api atau panas, merujuk kepada
keradangan) dan ptosis (jatuh atau mati). Nama ini mencerminkan sifat khas mekanisme tersebut
iaitu kematian sel yang mencetuskan tindak balas keradangan.
Ciri-Ciri Piroptosis
Piroptosis mempunyai tanda morfologi dan biokimia yang
membezakannya daripada apoptosis dan nekrosis (Wei et al., 2022):
Mekanisme Molekul Piroptosis
Secara ringkas, piroptosis berlaku melalui pengaktifan inflamasom,
iaitu kompleks protein intrasel yang mengesan ancaman seperti jangkitan patogen
atau kerosakan tisu (Wang et al., 2022). Mekanisme ini melibatkan
langkah-langkah berikut:
Terdapat tiga laluan utama
piroptosis:
Hubungan Piroptosis dengan Apoptosis
Walaupun piroptosis dan apoptosis merupakan mekanisme
kematian sel yang berbeza, kedua-duanya mempunyai perkaitan rapat dari aspek
laluan molekul dan kesan selular.
Jika GSDMD wujud, Caspase-1 akan mengaktifkan
GSDMD dengan memotongnya kepada fragmen N-terminal (GSDMD-N). Fragmen
ini membentuk liang pada membran plasma, menyebabkan pembengkakan sel, pecahnya
membran, dan pelepasan kandungan pro-radang (piroptosis). Sebaliknya, jika
GSDMD tiada, caspase-1 boleh mengaktifkan caspase-3 atau caspase-7,
lalu mencetuskan apoptosis. Dalam keadaan ini, sel tidak membentuk liang
gasdermin, sebaliknya melalui pengecutan sel, pemeluwapan kromatin dan
pembentukan badan apoptosis (Rogers et al., 2019; Tsuchiya et al.,
2019).
Kesimpulan
Piroptosis ialah bentuk kematian sel terancang yang unik
kerana sifatnya yang pro-radang. Mekanisme ini berperanan penting dalam
pertahanan imun terhadap patogen tetapi, jika berlebihan, boleh mencetuskan
kerosakan tisu serta penyakit kronik. Pemahaman mendalam tentang piroptosis
membuka peluang baharu untuk pembangunan terapi, sama ada untuk menekan
keradangan atau memanfaatkan mekanisme ini dalam rawatan kanser serta
jangkitan.
Rujukan
1.
Bertheloot,
D., Latz, E., & Franklin, B. S. (2021). Necroptosis, pyroptosis and
apoptosis: An intricate game of cell death. Cellular and Molecular
Immunology, 18(5), 1106–1121.
https://doi.org/10.1038/s41423-020-00630-3
2.
Broz, P. (2025). Pyroptosis:
Molecular mechanisms and roles in disease. Cell Research, 35(5),
334–344. https://doi.org/10.1038/s41422-025-01107-6
3.
Dejas, L., Santoni, K., Meunier, E.,
& Lamkanfi, M. (2023). Regulated cell death in neutrophils: From apoptosis
to NETosis and pyroptosis. Seminars in Immunology, 70(October).
https://doi.org/10.1016/j.smim.2023.101849
4.
Hu, M., Deng, F., Song, X., Zhao, H.,
& Yan, F. (2024). The crosstalk between immune cells and tumor pyroptosis:
Advancing cancer immunotherapy strategies. Journal of Experimental and
Clinical Cancer Research, 43(1), 1–15.
https://doi.org/10.1186/s13046-024-03115-7
5.
Jia, Y., Wang, X., Deng, Y., Li, S.,
Xu, X., Qin, Y., & Peng, L. (2023). Pyroptosis Provides New Strategies for
the Treatment of Cancer. Journal of Cancer, 14(1), 140–151.
https://doi.org/10.7150/jca.77965
6.
Liu, S.-W., Song, W.-J., Ma, G.-K.,
Wang, H., & Yang, L. (2023). Pyroptosis and its role in cancer. World
Journal of Clinical Cases, 8960(11), 249–320.
https://doi.org/10.1002/9781119714521.ch20
7.
Man, S. M., Karki, R., &
Kanneganti, T.-D. (2018). Molecular mechanisms and functions of pyroptosis,
inflammatory caspases and inflammasomes in infectious disease. Immunol
Reviews, 277(1), 61–75. https://doi.org/10.1111/imr.12534.Molecular
8.
Rogers, C., Erkes, D. A., Nardone,
A., Aplin, A. E., Fernandes-Alnemri, T., & Alnemri, E. S. (2019). Gasdermin
pores permeabilize mitochondria to augment caspase-3 activation during
apoptosis and inflammasome activation. Nature Communications, 10(1),
1–17. https://doi.org/10.1038/s41467-019-09397-2
9.
Tsuchiya, K., Nakajima, S., Hosojima,
S., Thi Nguyen, D., Hattori, T., Manh Le, T., Hori, O., Mahib, M. R.,
Yamaguchi, Y., Miura, M., Kinoshita, T., Kushiyama, H., Sakurai, M., Shiroishi,
T., & Suda, T. (2019). Caspase-1 initiates apoptosis in the absence of
gasdermin D. Nature Communications, 10(1), 2091.
https://doi.org/10.1038/s41467-019-09753-2
10. Wang,
J. L., Hua, S. N., Bao, H. J., Yuan, J., Zhao, Y., & Chen, S. (2023).
Pyroptosis and inflammasomes in cancer and inflammation. MedComm, 4(5),
1–27. https://doi.org/10.1002/mco2.374
11. Wang,
S., Liu, Y., Zhang, L., & Sun, Z. (2022). Methods for monitoring cancer
cell pyroptosis. Cancer Biology and Medicine, 19(4), 398–414.
https://doi.org/10.20892/j.issn.2095-3941.2021.0504
12. Wei,
S., Feng, M., & Zhang, S. (2022). Molecular Characteristics of Cell
Pyroptosis and Its Inhibitors: A Review of Activation, Regulation, and
Inhibitors. International Journal of Molecular Sciences, 23(24),
16115. https://doi.org/10.3390/ijms232416115
13. Yan,
G., Elbadawi, M., & Efferth, T. (2020). Multiple cell death modalities and
their key features (Review). World Academy of Sciences Journal, 2(2),
39–48. https://doi.org/10.3892/wasj.2020.40
14. Yu,
P., Zhang, X., Liu, N., Tang, L., Peng, C., & Chen, X. (2021). Pyroptosis:
Mechanisms and diseases. Signal Transduction and Targeted Therapy, 6(1).
https://doi.org/10.1038/s41392-021-00507-5
15. Zhang,
Y., Chen, X., Gueydan, C., & Han, J. (2018). Plasma membrane changes during
programmed cell deaths. Cell Research, 28(1), 9–21.
https://doi.org/10.1038/cr.2017.133
16. Zhang,
Z., Zhang, Y., & Lieberman, J. (2021). Lighting a fire: Can we harness
pyroptosis to ignite antitumor immunity? Cancer Immunology Research, 9(1),
2–7. https://doi.org/10.1158/2326-6066.CIR-20-0525
17. Zuo, Y., Chen, L., Gu, H., He, X., Ye, Z., Wang, Z., Shao, Q., & Xue, C. (2021). GSDMD-mediated pyroptosis: A critical mechanism of diabetic nephropathy. Expert Reviews in Molecular Medicine, 23(27), e23. https://doi.org/10.1017/erm.2021.27
PP Photo By IPPT/Julia Joseph
Sel Selanjar kanser payudara, MCF-7 yang
mengalami piroptosis. Anak panah merah menunjukkan protrusi seperti buih
. Anak panah kuning menunjukkan pecahnya membrane plasma.