Pengenalan
Kelenjar tiroid adalah organ
berbentuk kupu-kupu yang terletak di bahagian hadapan leher dan berperanan
dalam pengawalan metabolisme, pertumbuhan, dan tenaga badan melalui penghasilan
hormon tiroid.
Ujian fungsi tiroid (Thyroid
Function Test, TFT) adalah satu siri ujian darah yang digunakan untuk
menilai fungsi kelenjar tiroid.
Terdapat beberapa ujian utama yang digunakan untuk menilai fungsi tiroid:
1. Hormon Perangsang Tiroid (TSH)
Hormon Perangsang Tiroid atau Thyroid Stimulating Hormone (TSH) adalah hormon yang dihasilkan oleh kelenjar pituitari dan berfungsi untuk merangsang kelenjar tiroid dalam menghasilkan hormon tiroid. Di dalam badan yang kekurangan hormon tiroid, kelenjar pituitari akan meningkatkan penghasilan TSH bagi menstabilkan paras hormon tiroid dalam badan. Paras TSH yang tinggi mungkin menunjukkan hipotiroidisme (kekurangan hormon tiroid), manakala paras yang rendah boleh menunjukkan hipertiroidisme (kelebihan hormon tiroid).
2. Tiroksin (Thyroxine, T4)
T4 adalah hormon utama yang dihasilkan oleh kelenjar tiroid. Terdapat dua jenis tiroksin, iaitu tiroksin total (Total T4) dan tiroksin bebas (Free T4). Free T4 adalah bentuk hormon tiroksin aktif dalam darah yang lebih sensitif dalam mengesan penyakit tiroid. Manakala Total T4 merangkumi hormon yang terikat dengan protein. Paras rendah Free T4 boleh menunjukkan hipotiroidisme, dan paras tinggi mungkin menunjukkan hipertiroidisme.
3. Triiodotiroksin (T3)
Triiodotiroksin juga terdapat dua jenis di dalam darah iaitu triiodotiroksin total (Total T3) dan triiodotiroksin bebas (Free T3). Free T3 adalah bentuk hormon yang lebih aktif daripada tiroksin, oleh itu lebih sensitif bagi mengesan kes hipertiroidisme T3 (T3 thyrotoxicosis).
4. Antibodi Tiroid (Thyroid
Antibodies)
Ujian ini digunakan untuk mengesan
gangguan autoimun yang menyerang kelenjar tiroid, seperti dalam penyakit
Hashimoto dan Graves. Contoh antibodi yang diuji termasuk Thyroid Peroxidase Antibody (TPOAb) dan Thyroglobulin Antibody (TgAb).
Penyakit Grave merupakan sejenis penyakit tiroid yang disebabkan oleh kelenjar tiroid yang terlalu aktif sehingga menyebabkan hipertiroidisme. Gambarajah 3 menunjukkan tanda-tanda khas penyakit Grave.
Ujian ini biasanya dilakukan dalam
keadaan seperti berikut;
1. Jika seseorang mempunyai simptom berkaitan gangguan tiroid;
Hipotiroidisme : Keletihan, kenaikan berat badan, kulit kering, rambut gugur, sembelit, dan kepekaan terhadap kesejukan.
Hipertiroidisme : Penurunan berat badan, berdebar-debar, berpeluh berlebihan, kegelisahan, tangan menggeletar, dan cirit-birit.
2. Pemeriksaan saringan untuk individu
dengan riwayat keluarga gangguan tiroid.
3. Pemantauan rawatan tiroid bagi
pesakit yang disahkan menghidap penyakit tiroid.
Ujian darah dilakukan dengan
mengambil sampel darah vena. Berpuasa
tidak diperlukan, tetapi ianya bergantung kepada arahan doktor.
Keputusan ujian fungsi tiroid harus
dinilai oleh pakar perubatan kerana banyak faktor boleh mempengaruhi tahap
hormon ini, termasuk kehamilan, ubat-ubatan, dan penyakit lain.
|
TSH |
FT4 |
FT3 |
Normal |
Normal |
Normal |
|
Hipertiroidisme |
Rendah |
Tinggi |
Normal atau tinggi |
Hipotiroidisme |
Tinggi |
Rendah |
Normal atau rendah |
Rawatan bagi pesakit yang menjalani ujian fungsi tiroid adalah bergantung kepada tafsiran keputusan yang dibuat oleh doktor.
Ujian fungsi tiroid adalah penting
dalam diagnosis dan pengurusan gangguan fungsi kelenjar tiroid. Tafsiran
keputusan harus dibuat oleh doktor berdasarkan simptom klinikal dan keadaan
pesakit untuk memastikan rawatan yang sesuai.