En Soffian dari Pusat Sains Negara, En Muadz dari Akademi Sains Malaysia, Peneraju; PM Dr. Rafidah Zainon dan Dr. Asmida Isa bersama-sama dengan barisan fasilitator.
Program Rehlah Sains 2025 anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Akademi Sains Malaysia (ASM) dan Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara (PSNCWU) telah diteruskan di Sekolah Menengah Sains Tahfiz, Alor Setar semalam. Program ini merupakan salah satu inisiatif utama di bawah Minggu Sains Negara (MSN) yang bertujuan memperluas akses dan kefahaman masyarakat terhadap bidang sains, teknologi dan inovasi (STI).
=
En Soffian (6 dari kiiri) dari Pusat Sains Negara menyerahkan cenderamata kepada En Muadz dari Akademi Sains Malaysia dengan diiringi oleh para Peneraju; PM Dr. Rafidah Zainon (5 dari kanan) dan Dr. Asmida Isa (5 dari kiri). Turut bersama-sama adalah barisan fasilitator dari IPPT (berbaju merah hati) dan PSN (berbaju hijau kuning).
Bagi memeriahkan program dan mendekatkan sains kepada pelajar, dua pensyarah dari Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) yang juga merupakan ahli Young Scientists Network - Academy of Sciences Malaysia (YSN-ASM) iaitu Prof. Madya Dr. Rafidah Zainon dan Dr. Asmida Isa, telah dijemput sebagai Peneraju untuk mengendalikan pelbagai aktiviti STI secara interaktif bersama para pelajar.
Turut hadir memeriahkan program ialah wakil rasmi daripada ASM, En. Muadz Norazan, yang memainkan peranan penting dalam koordinasi program dan usaha mempromosikan budaya STI dalam kalangan pelajar.
Pasukan Peneraju PM Dr Rafidah bersama dengan En. Muadz dari ASM (Kiri).
Pasukan Peneraju Dr Asmida
Selain ASM dan YSN-ASM, program ini turut disertai oleh beberapa agensi dan institusi lain seperti HRD Corp, Petrosains, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UNISHAMS) dan Jabatan Kimia Malaysia, yang masing-masing membawakan pengisian unik dalam bentuk pameran, demonstrasi dan aktiviti berasaskan STI.
Aktiviti hands-on bersama para pelajar.
Sepanjang program, pelbagai pengisian menarik telah dijalankan termasuk pameran pendidikan, aktiviti STI hands-on, bicara kerjaya, kuiz interaktif melalui platform Kahoot!, serta demonstrasi sains yang mudah difahami dan menyeronokkan.
Aktiviti hands-on bersama para pelajar.
PSNCWU turut membawa Bas Pameran Sains Bergerak, yang membolehkan pelajar mengalami sains secara langsung melalui pelbagai eksperimen dan bahan pameran interaktif.
Aktiviti hands-on bersama para pelajar.
Kehadiran lebih 1000 pelajar, guru dan ibu bapa dari telah menyemarakkan lagi suasana program yang berlangsung dengan penuh semangat dan keterujaan.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya membudayakan sains dalam kalangan pelajar serta menyokong aspirasi negara dalam melahirkan masyarakat yang celik sains, inovatif dan berdaya saing.
Maskot hidup DNA menarik minat pelajar.
Aktivit interaktif bersama pelajar.