Community

Program Saringan Kesihatan Jantung dalam Kalangan Masyarakat Orang Asli di Kampung Ulu Legong, Baling, Kedah dan Kampung Ulu Gerik, Perak

Published : 12 July 2025

Sekolah Kebangsaan Kg Sera, Baling Kedah pada 24 Jun 2025
KAMPUNG ORANG ASLI ULU LEGONG, BALING, KEDAH DAN KAMPUNG ORANG ASLU ULU GERIK, GERIK, PERAK, August 2 2025 -

31 Ogos 2025 Gerik, Perak Sebagai usaha meningkatkan tahap kesihatan kardiovaskular dalam komuniti terpinggir, satu program saringan kesihatan jantung telah dilaksanakan melibatkan masyarakat Orang Asli di Kampung Ulu Legong, Baling, Kedah pada 26 Julai 2025 dan Kampung Ulu Gerik, Perak pada 2 Ogos 2025. Program ini bertujuan untuk mengesan faktor risiko penyakit jantung seperti hipertensi, diabetes, kolesterol tinggi dan obesiti dalam kalangan komuniti, selain memberi pendedahan awal berkaitan penjagaan kesihatan jantung.

    Saringan dilakukan oleh pasukan perubatan melibatkan pemeriksaan tekanan darah, bacaan glukosa dan kolestrol darah, ukuran indeks jisim badan (BMI), sesi pendidikan kesihatan turut diadakan bagi memberi pengetahuan asas mengenai gaya hidup sihat, pemakanan seimbang dan kepentingan melakukan aktiviti fizikal.Hasil daripada pemeriksaan berikutan dengan abnormal Elektrokardiogram (EKG), 4 daripada 52 penduduk yang melakukan saringan dari Kampung Orang Asli Ulu Legong, Baling, Kedah dan 2 daripada 54 penduduk yang melakukan saringan dari Kampung Orang Asli Ulu Gerik, Gerik , Perak diberikan surat rujukan untuk pemeriksaan lanjut di Klinik Kesihatan berdekatan.

    Secara keseluruhannya, Program Saringan Awal Ke Arah Jantung Sihat dalam masyarakat Orang Asli ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Diharapkan kesinambungan program seperti ini akan terus dijalankan demi meningkatkan tahap kesihatan masyarakat Orang Asli serta mengurangkan risiko penyakit jantung pada masa hadapan.

    Pendekatan dalam menyantuni komuniti dan memastikan akses kesihatan yang adil dan saksama untuk semua lapisan masyarakat, termasuk masyarakat Orang Asli yang sering berdepan kekangan dari segi akses dan kesedaran kesihatan.Inisiatif ini merupakan salah satu pendekatan menyeluruh bagi meningkatkan kesedaran kesihatan, khususnya berkaitan penyakit jantung, dalam kalangan komuniti rentan. Program ini yang menekankan kepedulian dan keterangkuman dalam usaha memperkasa kesejahteraan rakyat secara holistik.



Klik untuk video Program video 

Photo By NORHALIZA BINTI ABD HAMID
Sekolah Menengah Pondok Upeh, Balik Pulau, Pulau Pinang pada 18 Jun 2025



2.Sekolah Menengah Pondok Upeh, Balik Pulau, Pulau Pinang pada 18 Jun 2025

Photo By NORHALIZA BINTI ABD HAMID
Sekolah Kebangsaan Kg Sera, Baling Kedah pada 24 Jun 2025



3.Sekolah Kebangsaan Kg Sera, Baling Kedah pada 24 Jun 2025

Photo By NORHALIZA BINTI ABD HAMID
Sekolah Menengah Kuala Kurau, Kuala Kurau, Perak pada 2 Julai 2025



4.Sekolah Menengah Kuala Kurau, Kuala Kurau, Perak pada 2 Julai 2025

Photo By NORHALIZA BINTI ABD HAMID
Sekolah Menengan Agama Darussadah, Alor Setar Kedah pada 8 Julai 2025



5.Sekolah Menengan Agama Darussadah, Alor Setar Kedah pada 8 Julai 2025


Laporan disediakan oleh: Norhaliza Abd Hamid
Laporan disunting oleh: Puan Law Kim Sooi







SDG 3 - Ensure healthy lives and promote well-being for all at all ages
SDG 4 - Ensure inclusive and equitable quality education and promote lifelong learning opportunities for all
Scroll to Top