AMDI Story

LAWATAN TAPAK DAN MESYUARAT PELARASAN BERSAMA JABATAN KERJA RAYA PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT), AGENSI TEKNIKAL DAN SYARIKAT UTILITI UNTUK PROJEK USM – PEMBANGUNAN HOSPITAL PAKAR PENGAJAR UNIVERSITI (HPPU) BERKAPASITI 25 KATIL DI IPPT

Published : 26 March 2025

LAWATAN TAPAK PROJEK USM 2025
PUSAT PERUBATAN USM BERTAM, March 26 2025 -

Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) USM, dan Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB) hari ini menerima lawatan dari Jabatan Kerja Raya (JKR), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Agensi Teknikal dan Syarikat Utiliti yang membuat lawatan tapak bagi projek USM – Pembangunan Hospital Pakar Pengajar Universiti (HPPU) Berkapasiti 25 Katil Di Institut Perubatan Dan Pergigian Termaju, USM, Bertam, Pulau Pinang di bawahRancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) Rolling Plan 5 (RP5).
Delegasi lawatan disambut oleh Profesor Madya Dr. Siti Noor Fazliah Mohd Noor, Timbalan Pengarah Pembangunan Projek Khas (PPK), turut disertai oleh Prof. Madya Dr. Bakiah Shaharuddin, Pengarah IPPT & PPUSMB, Prof. Madya Dr. Noor Khairiah Abdul Karim, Timbalan Pengarah Klinikal, Piawaian dan Kelestarian, dan Encik Mohd Hizam Mohd Hanif (Ketua Seksyen Kejuruteraan). Tetamu khas, YBhg. Dato’ Seri Farizan Darus, Ahli Lembaga Universiti turut hadir bersama Prof. Dr. Azlan Amran, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri & Masyarakat merangkap Pengerusi mesyuarat dan Dr Rafizal Abdul Rahim, Bendahari USM.

                                                                                                                                                                                Photo By NORIZAN ISHAK
                                                                                                                                                                        LAWATAN TAPAK PROJEK USM 2025

Seramai 31 delegasi jemputan hadir bersama bagi sesi ini. Delegasi dari JKR seramai 15 orang diketuai oleh Sr Ts. Mohd Nizam bin Zainal Abidin (JKR Cawangan Khas Pendidikan, CKP), JKR Cawangan Kontrak & Ukur Bahan (CKUB), JKR Cawangan Kejuruteraan Awam & Struktur (CKAS), JKR Cawangan Kejuruteraan Eletrik (CKE), dan JKR Cawangan Kejuruteraan Geoteknik (CKG). 

                                                                                                                                                                            Photo By NORIZAN ISHAK
                                                                                                                                                                    LAWATAN TAPAK PROJEK USM 2025
Sesi lawatan dimulakan dengan lawatan tapak lokasi pembangunan Hospital Pakar Pengajar Universiti (HPPU) berkapasiti 25 katil di IPPT di mana delegasi diberikan taklimat mengenai HPPU oleh En. Mohd Hizam. Semua delegasi yang hadir kemudiannya dibawa ke Bilik Seminar Pusat Penyelidikan Haiwan bagi meneruskan sesi mesyuarat penyelarasan bersama Universiti Sains Malaysia (USM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Agensi Teknikal dan Syarikat Utiliti.
Antara intipati lawatan adalah untuk mencapai kata sepakat tentang pelaksanaan projek ini yang merangkumi dua skop; iaitu pembinaan bangunan dan perolehan penggantian alatan usang dan baharu. 
Turut sama dalam mesyuarat adalah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang turut serta dengan kehadiran beberapa pegawai dari Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD), Pulau Pinang, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Pusat Tanah dan Galian (PTG), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), termasuk pegawai dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Indah Water Konsortium (IWK).


                                                                                                

Photo By NORIZAN ISHAK
LAWATAN TAPAK PROJEK USM 2025

Teks disediakan oleh : Nur Aqilah Tajul Ashikin
Teks disunting oleh   : Profesor Madya Dr. Siti Noor Fazliah Mohd Noor
Foto: Norizan Ishak
Pusat Media & Perhubungan Awam
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia
26 Mac 2025

Scroll to Top