
Acara sukaneka bersama kanak kanak
31
Ogos 2025 Gerik, Perak Sebagai
usaha meningkatkan tahap kesihatan kardiovaskular dalam komuniti terpinggir,
satu program saringan kesihatan jantung telah dilaksanakan melibatkan masyarakat
Orang Asli di Kampung Ulu Legong, Baling, Kedah pada 26 Julai 2025 dan Kampung
Ulu Gerik, Perak pada 2 Ogos 2025. Program ini bertujuan untuk mengesan faktor
risiko penyakit jantung seperti hipertensi, diabetes, kolesterol tinggi dan
obesiti dalam kalangan komuniti, selain memberi pendedahan awal berkaitan
penjagaan kesihatan jantung.
Saringan
dilakukan oleh pasukan perubatan melibatkan pemeriksaan tekanan darah, bacaan
glukosa dan kolestrol darah, ukuran indeks jisim badan (BMI), dan pemeriksaaa
Elektrokardiografi (EKG) untuk mengesan
masalah kardiovaskular. Sesi pendidikan kesihatan turut diadakan bagi
memberi pengetahuan asas mengenai gaya hidup sihat, pemakanan seimbang dan
kepentingan melakukan aktiviti fizikal. Hasil daripada pemeriksaan berikutan
dengan abnormal EKG antaranya adalah masalah arithmia iaitu degupan jantung tidak normal, 4 daripada 52 penduduk yang melakukan
saringan dari Kampung Orang Asli Ulu Legong, Baling, Kedah dan 2 daripada 54
penduduk yang melakukan saringan dari Kampung Orang Asli Ulu Gerik, Gerik ,
Perak diberikan surat rujukan untuk pemeriksaan lanjut di Klinik Kesihatan
berdekatan.
Secara keseluruhannya, Program Saringan Awal Ke Arah Jantung Sihat dalam
masyarakat Orang Asli ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan.
Diharapkan kesinambungan program seperti ini akan terus dijalankan demi
meningkatkan tahap kesihatan masyarakat Orang Asli serta mengurangkan risiko
penyakit jantung pada masa hadapan.
Pendekatan
dalam menyantuni komuniti dan memastikan akses kesihatan yang adil dan saksama
untuk semua lapisan masyarakat, termasuk masyarakat Orang Asli yang sering
berdepan kekangan dari segi akses dan kesedaran kesihatan. Inisiatif ini
merupakan salah satu pendekatan menyeluruh bagi meningkatkan kesedaran
kesihatan, khususnya berkaitan penyakit jantung, dalam kalangan komuniti
rentan. Program ini yang menekankan kepedulian dan keterangkuman dalam
usaha memperkasa kesejahteraan rakyat secara holistik.
Klik untuk video Program Kesihatan Jantung di Kalangan Masyarakat Orang Asli.mp4
Photo By Norhaliza Abd Hamid
Konsultasi perubatan bersama Pegawai Perubatan
Photo By Norhaliza Abd Hamid
Konsultasi perubatan bersama Pegawai Perubatan
Photo By Norhaliza Abd Hamid
Konsultasi perubatan bersama Pegawai Perubatan
Photo By Norhaliza Abd Hamid
Konsultasi perubatan bersama Pegawai Perubatan