Muzium perubatan IMR
Jabatan Muzium Negara bersama Persatuan Muzium Malaysia serta Lembaga Muzium Negeri Kedah selaku tuan rumah telah mengadakan Sambutan Hari Muzium Antarabangsa peringkat kebangsaan di Alor Setar, Kedah. Sempena Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 yang berlangsung daripada 23 hingga 29 Julai 2025 di Muzium Padi, Alor Setar, Kedah, syarikat teknologi 3D Gens Sdn. Bhd. telah turut serta sebagai pempamer. Tema pameran pada tahun ini adalah “Inovasi Muzium: Digitalisasi Dalam Memartabatkan Warisan Negara”.
Photo By Rabeta Binti Mohd Salleh
Muzium perubatan IMR
Sehubungan dengan itu, Pengarah Urusan 3D Gens Sdn. Bhd. Dr. Izhar Abd Aziz berbesar hati telah menjemput Prof. Madya Dr. Rabeta Mohd Salleh daripada Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) untuk melawat reruai pameran mereka bagi melihat lebih dekat teknologi 3D Printing dan 3D Scanning yang diketengahkan dalam usaha pemuliharaan dan pendigitalan warisan negara. Ia juga bertujuan mengeratkan lagi jalinan kerjasama antara pihak IPPT dan industri teknologi. Terdapat pelbagai lagi aktiviti dan program menarik yang ada di festival ini yang kesemuanya bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang budaya dan warisan negara di samping merapatkan hubungan antara badan kerajaan dan institusi permuziuman.
Photo By Rabeta Binti Mohd Salleh
Muzium perubatan IMR
Photo By Ali Kamaruddin
Prof. Madya Dr. Rabeta di reruai 3D Gens Sdn. Bhd.