
LAWATAN JKNPP KE PPUSMB, IPPT
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) dan Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia Bertam (PPUSMB) hari ini, menerima lawatan kerja dari Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Dr. Fazilah Shaik Allaudin, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.
Photo By NORIZAN ISHAK
LAWATAN JKNPP KE PPUSMB, IPPT
Delegasi lawatan ini disambut baik oleh Profesor Madya Dr. Bakiah Shaharuddin yang merupakan Pengarah IPPT & PPUSMB bersama-sama dengan Pegawai-pegawai Utama IPPT dan PPUSMB.
Antara intipati kunjungan adalah untuk membincangkan kerjasama perkhidmatan dan membuat perancangan pembaharuan Memorandum Perjanjian (MoA) di antara pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan IPPT dalam usaha menambahbaik perkhidmatan kesihatan.
Photo By NORIZAN ISHAK
LAWATAN JKNPP KE PPUSMB, IPPT
Seramai 20 orang delegasi dari JKNPP yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Dr. Fazilah Shaik Allaudin, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang hadir dalam sesi lawatan kerja ini, termasuk Dr. Premalosini Ramanathan, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan); Dr. Rozihan Mat Hasan@Husin, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian); Dr. Prashant A/L Subramanian, Pengarah Hospital Bukit Mertajam; Dr. Nukman Hussain, Pengarah Hospital Balik Pulau; Ketua Penolong Pengarah/Wakil Cawangan Perkembangan Perubatan, Kualiti Penjagaan Perubatan, dan Perubatan Tradisional dan Komplementari yang terdiri daripada Dr. Vikneswaran Murugiah, Dr. Nur Ahlam Hashim, Dr. Nor Zulaiha Mrsan dan Dr. Mohd Iyas Mohd Ridzuan; Dr. Vinoven Kuna A/L Kunasagaran, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Penjagaan Kesihatan Pergigian; Dr. Wong Khar Ming, Timbalan Pengarah Hospital Pulau Pinang; Dr. Veekneesvary Kesavan, Timbalan Pengarah Hospital Seberang Jaya; Dr. Siti Hajar, Timbalan Pengarah Hospital Kepala Batas; dan Dr. Savithiri Bandiloo, Timbalan Pengarah Hospital Sungai Bakap.
Photo By NORIZAN ISHAK
LAWATAN JKNPP KE PPUSMB, IPPT
Majlis dimulakan dengan sesi Mesyuarat Kerjasama Perkhidmatan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) dan Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia Bertam (PPUSMB) bertempat di Bilik Seminar Kompleks Penyelidikan Haiwan (ARC), IPPT, USM. Semua delegasi yang hadir kemudiannya dibawa melawat ke PPUSMB iaitu ke Unit Rehabilitasi, Unit Onkologi dan Radioterapi dan Klinik Pakar Perunding yang dikendalikan oleh Encik Muhammad Akasyah Baharum (Pegawai Fisioterapi), Profesor Madya Dr. Gokula Kumar A/L Appalanaido (Pakar Perunding Onkologi Radiasi dan Pensyarah Perubatan) dan Profesor Madya Dr. Muhamad Yusri Musa (Pakar Perunding Otorinolaringologi & Surgikal Brakiterapi merangkap Ketua Bahagian Perkhidmatan Perubatan dan Pembedahan PPUSMB). Majlis diakhiri dengan sesi penyerahan cenderamata kepada semua delegasi yang hadir.
Photo By NORIZAN ISHAK
LAWATAN JKNPP KE PPUSMB, IPPT
Hadir sama meraikan delegasi adalah Profesor Madya Dr. Noor Khairiah A. Karim, Timbalan Pengarah (Klinikal, Kelestarian & Piawaian) IPPT & PPUSMB; Profesor Madya Dr. Norehan Mokhtar, Pakar Ortodontik merangkap Ketua Bahagian Perkhidmatan Pergigian PPUSMB; Profesor Madya Dr. Ch’ng Ewe Seng, Pakar Patologi merangkap Ketua Unit Makmal Diagnostik Klinikal, PPUSMB; Encik Yusmadi Norashid, Ketua Pentadbiran IPPT; Puan Law Kim Sooi, Ketua Bahagian Perkhidmatan Kejururawatan, PPUSMB dan Puan Sharidah Shaari, Penyelia Jururawat.
Photo By NORIZAN ISHAK
LAWATAN JKNPP KE PPUSMB, IPPT
Teks disediakan oleh : Nur Aqilah Tajul Ashikin
Teks disunting oleh : PM. Dr. Noor Khairiah A. Karim
Foto: Norizan Ishak
Pusat Media & Perhubungan Awam
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia
5 Februari 2025
#ippt #ppusmb #usm #WeLead