AMDI Story

IPPT TERIMA LAWATAN KERJA TKSU (D) KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) KE PUSAT PERUBATAN USM BERTAM

Published : 23 January 2025

LAWATAN KERJA TKSU (D) KPT KE PPUSMB
PUSAT PERUBATAN USM BERTAM, January 23 2025 -
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) dan Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB) hari ini, menerima lawatan kerja YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), TKSU (D), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang turut melihat fasiliti pengimejan dan perawatan kanser di Unit Onkologi dan Radioterapi dan Unit Perubatan Nuklear, PPUSMB.
Delegasi lawatan ini disambut baik oleh Profesor Madya Dr. Noor Khairiah A. Karim iaitu Timbalan Pengarah (Klinikal, Kelestarian & Piawaian) yang menjalankan tugas Pengarah IPPT dan PPUSMB.
Photo By NORIZAN ISHAK
LAWATAN KERJA TKSU (D) KPT KE PPUSMB
Antara tujuan lawatan adalah untuk membincangkan isu berkaitan peluang penajaan kepada Pegawai Perubatan dan Pakar Klinikal di PPUSMB susulan daripada keputusan pihak Kerajaan berkenaan cadangan menaik taraf IPPT sebagai Pusat Pakar Klinikal dan Penyelidikan Kanser (PPKPK) yang memberi fokus dalam bidang tujahan perawatan kanser.
Photo By NORIZAN ISHAK
LAWATAN KERJA TKSU (D) KPT KE PPUSMB
Seramai lima (5) orang delegasi yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, TKSU (D), KPT; Puan Marhanum M. Haniff, Setiausaha Bahagian Biasiswa KPT; Puan Salina Mohd Siha, Ketua Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Biasiswa KPT; Encik Mohd Ridhwan Abdullah Sani, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Biasiswa KPT dan Encik Mohammad Amirul Shafiq Mohd Aznan, Penolong Setiausaha Bahagian Biasiswa KPT.
Photo By NORIZAN ISHAK
LAWATAN KERJA TKSU (D) KPT KE PPUSMB
Majlis dimulakan dengan sesi lawatan ke Unit Onkologi dan Radioterapi dan selepas itu, semua delegasi dibawa melawat ke Unit Perubatan Nuklear. Seterusnya, sesi perbincangan dijalankan dengan YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian bersama-sama dengan Pegawai-pegawai KPT dan Pegawai-pegawai Utama IPPT dan PPUSMB.
Photo By NORIZAN ISHAK
LAWATAN KERJA TKSU (D) KPT KE PPUSMB
Hadir sama meraikan delegasi adalah Profesor Madya Dr. Muhamad Yusri Musa, Pakar Perunding Otorinolaringologi & Surgikal Brakiterapi merangkap Ketua Bahagian Perkhidmatan Perubatan dan Pembedahan PPUSMB; Profesor Madya Dr. Norehan Mokhtar, Pakar Ortodontik merangkap Ketua Bahagian Perkhidmatan Pergigian PPUSMB; Profesor Madya Dr. Mohd Zahri Abdul Aziz, Pensyarah Universiti di Jabatan Pengimejan Bioperubatan; Dr. Jasmin Jalil, Pakar Onkologi PPUSMB; Encik Mohd Hizam Mohd Hanif, Ketua Seksyen Kejuruteraan IPPT; Encik Yusmadi Norashid, Ketua Pentadbiran IPPT; Puan Siti Meszaida Mohd Ehsan, Ketua Pejabat Pengarah dan Pusat Media dan Perhubungan Awam IPPT; Puan Iza Rahayu Abd Rahim, Ketua Kewangan IPPT dan Puan Nurul Amira Mohd Ali, Penolong Pendaftar Kanan, Unit Pentadbiran PPUSMB.
Photo By NORIZAN ISHAK
LAWATAN KERJA TKSU (D) KPT KE PPUSMB
Teks disediakan oleh : Nur Aqilah Tajul Ashikin
Teks disunting oleh : PM. Dr. Noor Khairiah A. Karim
Foto: Norizan Ishak
Pusat Media & Perhubungan Awam
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
Universiti Sains Malaysia
23 Januari 2025
Scroll to Top