Collaboration

Lawatan Unit Pengurusan Penyelidikan, Fakulti Pergigian, Universiti Malaya (UM) ke Makmal Penyelidikan Berpusat (CRL), IPPT.

Published : 02 September 2024

Delegasi UM bergambar kenangan bersama staf CRL
SEMINAR ROOM, ARC AND CENTAL RESEARCH LAB (CRL), September 2 2024 -

2 September 2024, Unit Pengurusan Penyelidikan Fakulti Pergigian, Universiti Malaya (UM) telah mengadakan lawatan kerja ke Makmal Penyelidikan Berpusat (Central Research Laboratory, CRL) di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT). Lawatan ini diketuai oleh Timbalan Dekan Penyelidikan, Prof. Dr. Nor Adinar Baharuddin, yang pertama kali melawat IPPT pada tahun 2022, telah menarik minat beliau untuk mengetahui tentang pengurusan CRL. Kunjungan terdahulu telah memberi inspirasi kepada beliau untuk membawa pasukannya kali ini, terdiri daripada 18 kakitangan, termasuk Pegawai Sains dan Penolong Pegawai Sains, bagi memberi pendedahan kepada staf makmal tentang pengurusan makmal di IPPT.


CRL dilengkapi dengan kemudahan dan teknologi terkini di IPPT bagi menyokong aktiviti penyelidikan dalam pelbagai bidang antaranya adalah biologi molekul, kimia analitikal, sel kultur dan Biobahan. Prof Dr Nor Adinar mengambil peluang ini untuk meneroka sistem pengurusan makmal di CRL yang inovatif sekaligus meningkatkan perkongsian pengetahuan bersama.

 Sesi lawatan dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Timbalan Pengarah (Penyelidikan & Jaringan) IPPT, Prof. Madya Dr. Hasni bin Arsad, yang mengalu-alukan kedatangan delegasi dari UM. Dalam ucapannya, Prof Madya Dr. Hasni menekankan kepentingan peranan Pegawai Sains dan staf makmal dalam pengurusan makmal yang cekap dan selamat. Beliau menyatakan bahawa Pegawai Sains bukan sahaja berperanan sebagai pengurus makmal, tetapi juga sebagai tulang belakang dalam memastikan kelancaran operasi penyelidikan, termasuk pengurusan peralatan berteknologi tinggi dan pematuhan kepada prosedur keselamatan makmal.

Photo By MPRC
Delegasi UM bergambar kenangan bersama staf CRL


Delegasi UM diberi peluang untuk melawat pelbagai makmal di CRL dan melihat secara langsung bagaimana pengurusan makmal yang sistematik menyokong penyelidikan yang efektif serta berkongsi pengalaman dan amalan terbaik dalam pengurusan makmal. Para peserta juga mendapat taklimat berkaitan teknologi terkini yang digunakan untuk menyokong kajian penyelidikan di IPPT. Lawatan ini turut membuka ruang untuk perbincangan mengenai potensi kerjasama dalam projek penyelidikan masa hadapan antara kedua-dua institusi.

Photo By MPRC
Antara gambar semasa lawatan


Prof. Dr. Nor Adinar Baharuddin, dalam ucapan balasnya, merakamkan penghargaan kepada pihak IPPT atas kesudian menerima kunjungan tersebut. Beliau juga menyatakan harapan agar lawatan ini menjadi titik tolak kepada lebih banyak kolaborasi yang bermanfaat dalam bidang penyelidikan antara UM dan IPPT.-(SDG 17). Beliau juga mengulas, “Lawatan ini bukan sahaja mengukuhkan hubungan kami dengan IPPT tetapi juga melengkapkan pasukan kami dengan pandangan yang lebih luas tentang pengurusan makmal”.

Secara keseluruhannya, lawatan ini berjaya mencapai matlamatnya dalam memupuk hubungan yang lebih erat antara dua institusi terkemuka dalam penyelidikan di Malaysia. Lawatan ini secara langsung menyokong SDG 4 dengan meningkatkan peluang pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat untuk kakitangan melalui pendedahan langsung kepada teknologi termaju di CRL. Tambahan pula, ia mempromosikan SDG 8 dengan memupuk pertumbuhan ekonomi melalui kemajuan penyelidikan. Selain itu, lawatan ini diharap dapat memperkayakan kemahiran dan pengetahuan para peserta dalam menguruskan makmal penyelidikan.


Syazwani binti Ismail dan Rafedah Abas, 2024.


SDG 4 - Ensure inclusive and equitable quality education and promote lifelong learning opportunities for all
SDG 8 - Promote sustained, inclusive and sustainable economic growth, full and productive employment and decent work for all
SDG 16 - Promote peaceful and inclusive societies for sustainable development, provide access to justice for all and build effective, accountable and inclusive institutions at all levels
SDG 17 - Strengthen the means of implementation and revitalize the Global Partnership for Sustainable Development
Scroll to Top