Community

KOC PERUBATAN PPUSMB MERIAHKAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2025 PUSAT RUKUN TETANGGA MANJUNG POINT,PERAK

Published : 07 September 2025

Perasmian program bersama YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia
MANJUNG POINT, MANJUNG PERAK, September 7 2025 -

KOC PERUBATAN PPUSMB MERIAHKAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2025 PUSAT RUKUN TETANGGA MANJUNG POINT 

7 September 2025 (Ahad) - Bersempena dengan sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang disambut pada setiap tahun, Pusat Rukun Tetangga Manjung Point, Lumut, Perak telah menjemput Pasukan Perubatan Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB) terdiri daripada Doktor Pakar, Pegawai Perubatan dan Jururawat untuk memeriahkan majlis dengan memberikan perkhidmatan pendidikan dan pemeriksaan kesihatan kepada penduduk setempat.

Majlis bermula dengan ucapan  perasmian dan perlepasan peserta Fun Run oleh YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, dengan kehadiran YBhg. Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman bin Mohamed, Naib Canselor USM.




Penduduk yang hadir memanfaatkan peluang untuk lebih cakna berkaitan dengan kesihatan sendiri. Lebih daripada 100 orang penduduk melakukan pemeriksaan saringan kesihatan merangkumi pemeriksaan tekanan darah, paras gula dalam darah dan pengiraan indeks jisim badan (body mass index, BMI). Aktiviti ini bertujuan mengesan awal penyakit tidak berjangkit serta memberi kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan.

 Penduduk juga mengambil peluang untuk belajar menjalankan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) dengan teknik yang betul. Demonstrasi PSP telah dikendalikan oleh jururawat menggunakan model payudara anatomi di dalam koc perubatan yang dibawakan khas oleh PPUSMB. Peserta diberi tunjuk ajar tentang teknik yang betul untuk mengesan tanda awal kanser payudara. Aktiviti ini bertujuan meningkatkan kesedaran awal mengenai kanser payudara serta menggalakkan amalan PSP secara berkala sebagai langkah pengesanan awal. Suasana ceria dan interaktif membantu peserta memahami teknik yang betul dengan lebih berkesan. Sambutan yang baik diterima dan diharap dapat memberi kesan positif terhadap kesedaran kesihatan terutamanya wanita dalam kalangan peserta.

Moga impak daripada penganjuran program seperti ini dapat meningkatkan keprihatinan penduduk terhadap status kesihatan mereka dan meningkatkan pengetahuan tentang pentingnya pengesanan awal penyakit.


                                                   

                                                                              Photo By Muhamad Naim Muhamad Nizam
                                                       Saringan kesihatan termasuk pemeriksaan tekanan darah oleh petugas PPUSMB


                                                    

                                                                             Photo By Muhamad Naim Muhamad Nizam
                                                       Saringan kesihatan termasuk pemeriksaan tekanan darah oleh petugas PPUSMB   


                                                  

                                                                        Photo By Muhamad Naim Muhamad Nizam
                                                             Senamrobik sebelum perasmian dan perlepasan Fun Run bermula

















SDG 3 - Ensure healthy lives and promote well-being for all at all ages
SDG 4 - Ensure inclusive and equitable quality education and promote lifelong learning opportunities for all
Scroll to Top