
Perasmian program bersama YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia
KOC PERUBATAN PPUSMB MERIAHKAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2025 PUSAT RUKUN TETANGGA MANJUNG POINT
7 September 2025 (Ahad) - Bersempena dengan sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang disambut pada setiap tahun, Pusat Rukun Tetangga Manjung Point, Lumut, Perak telah menjemput Pasukan Perubatan Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB) terdiri daripada Doktor Pakar, Pegawai Perubatan dan Jururawat untuk memeriahkan majlis dengan memberikan perkhidmatan pendidikan dan pemeriksaan kesihatan kepada penduduk setempat.
Majlis bermula dengan ucapan
perasmian dan perlepasan peserta Fun Run oleh YB Dato' Seri Diraja Dr.
Zambry Abdul Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, dengan kehadiran YBhg. Profesor
Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman bin Mohamed, Naib Canselor USM.
Penduduk yang hadir memanfaatkan
peluang untuk lebih cakna berkaitan dengan kesihatan sendiri. Lebih daripada
100 orang penduduk melakukan pemeriksaan saringan kesihatan merangkumi
pemeriksaan tekanan darah, paras gula dalam darah dan pengiraan indeks jisim
badan (body mass index, BMI). Aktiviti ini bertujuan mengesan awal penyakit
tidak berjangkit serta memberi kesedaran tentang kepentingan penjagaan
kesihatan.
Moga impak daripada penganjuran program seperti ini dapat meningkatkan keprihatinan penduduk terhadap status kesihatan mereka dan meningkatkan pengetahuan tentang pentingnya pengesanan awal penyakit.
Photo By Muhamad Naim Muhamad Nizam
Saringan kesihatan termasuk pemeriksaan tekanan darah oleh petugas PPUSMB
Photo By Muhamad Naim Muhamad Nizam
Saringan kesihatan termasuk pemeriksaan tekanan darah oleh petugas PPUSMB
Photo By Muhamad Naim Muhamad Nizam
Senamrobik sebelum perasmian dan perlepasan Fun Run bermula