
Sesi ceramah bertajuk Remaja Bijak Jauhi Vape dan Rokok serta tajuk Kesihatan Remaja
12 Julai 2025. Aktiviti
di bawah Program KPT Prihatin Madani Community Program for Sustainable
Impact Mission (COMPASSION)
: Program Remaja Cerdas untuk Kelestarian Hari Esok telah dijalankan di tiga
buah negeri bermula pada 11 Jun 2025 hingga 8 Julai 2025. Program yang
merupakan satu inisiatif yang bertujuan untuk membentuk pelajar sekolah menjadi
individu yang sihat, berilmu dan bertanggungjawab. Program ini dirangka untuk
menyokong aspirasi negara dalam membangunkan modal insan berkualiti tinggi
sejajar dengan arus pembangunan negara.
Melalui pendekatan pendidikan kesihatan dan pembinaan
jati diri, pelajar didedahkan kepada pelbagai isu semasa yang mempengaruhi
kesejahteraan remaja. Program ini juga memberi penekanan terhadap kepentingan
kesihatan fizikal dan mental, serta membimbing pelajar agar menjauhi amalan
berisiko seperti merokok dan penggunaan vape.
Pengisian program adalah sesi ceramah Remaja Bijak Jauhi
Vape dan Rokok berserta dengan ekperimen simulasi kesan asap rokok dan vape
kepada paru-paru juga ditunjukkan kepada pelajar. Sesi kedua ceramah
diteruskan dengan tajuk ceramah Kesihatan Remaja memfokuskan kepada kepentingan
jagaan kesihatan fizikal dan mental remaja. Pelajar didedahkan kepada isu-isu
seperti tekanan akademik, pemakanan tidak seimbang, dan kesihatan mental.
Pengisian
separuh hari bersama pelajar ini diteruskan dengan pembahagian kumpulan dan
permainan interaktif dalam kumpulan. Aktiviti santai tetapi masih menarik
minat pelajar untuk bersaing menguji ketajaman fikiran dan kefahaman pelajar
memahami soalan dan mencari jawapan berkisar dengan gejala rokok dan vape.
Program berjaya dilaksanakan di sekolah di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan utara Perak mendapat kerjasama daripada pengurusan sekolah, Kementerian Pendidikan Tinggi dan PPUSMB berjaya memberi impak kepada pelajar dengan peningkatan kesedaran tentang kesihatan remaja dan bahaya gejala rokok dan vape. Program positif ini dapat diteruskan agar dapat melahirkan generasi remaja yang sihat, berdaya tahan dan bertanggungjawab terhadap diri dan masyarakat.
Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas pada 11 Jun 2025
Sekolah
Menengah Kebangsaan Pondok Upeh pada 18 Jun 2025
Sekolah
Kebangsaan Kampong Sera pada 24 Jun 2025
Sekolah
Menengah Kebangsaan Kuala Kurau pada 2 Julai 2025
Sekolah Menengah Agama Darussaadah 8 Julai 2025
Klik untuk video Program Program remaja cerdas untuk kelestarian hari esok.mp
Photo By Norhaliza Abd Hani
Tugasan permainan puzzle melengkapkan ilunstrasi gejala merokok
Photo By Norhaliza Abd Hani
Tugasan permainan puzzle melengkapkan ilunstrasi gejala merokok
Photo By Norhaliza Abd Hani
Tugasan permainan puzzle melengkapkan ilunstrasi gejala merokok