Penyertaan Staf PKTAAB Meriahkan Sambutan Hari Pekerja 2026 Bersama Kontinjen USM
May 01, 2026
AUDITORIUM SAINS@BERTAM, May 15 2025
Seramai 50 orang peserta terdiri daripada pensyarah, penyelidik dan staf Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) telah menghadiri Bengkel Pemerkasaan MyRA dan KPI IPPT Sesi Pertama yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini di Auditorium Sains@Bertam.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Profesor Madya Dr. Bakiah Shaharuddin, Pengarah IPPT, yang dalam ucapannya menekankan kepentingan bengkel ini sebagai wadah untuk memperkukuhkan kefahaman warga IPPT terhadap kerangka penilaian MyRA, serta menyusun semula strategi bagi mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) institusi secara lebih berkesan dan berimpak tinggi.
Menurut beliau, kekuatan sebenar IPPT bukan sahaja bergantung kepada fasiliti atau sumber kewangan, tetapi lebih utama adalah komitmen serta kolaborasi dalam kalangan warganya, sejajar dengan matlamat SDG 17: Partnerships for the Goals.
Beliau turut mengajak peserta untuk menjadikan bengkel ini sebagai ruang untuk “Co-Learn dan Re-Learn” daripada Penceramah Jemputan agar IPPT dapat melonjak sebagai pusat kecemerlangan penyelidikan dan inovasi yang disegani.
Bengkel khusus ini turut menampilkan dua penceramah jemputan berpengaruh iaitu:-
Turut hadir memeriahkan bengkel ini ialah barisan Timbalan Pengarah IPPT yang diketuai oleh Profesor Dr. Badrul Hisham Yahaya (Penyelidikan dan Jaringan), serta Profesor Madya Dr. Hazwani Ahmad Yusof@Hanafi, Profesor Madya Dr. Noor Khairiah A.Karim, dan Profesor Dr. Siti Noor Fazliah Mohd Noor, bersama Ketua-ketua Jabatan dan Program Penyelidikan IPPT.
Bengkel diteruskan pada sebelah petang dengan Sesi Kedua iaitu perbincangan secara kumpulan bertumpu mengikut kumpulan seksyen-seksyen yang terdapat dalam penilaian MyRA.
Manakala hari kedua telah menyaksikan pembentangan hasil perbincangan oleh setiap kumpulan peserta.
Program khusus ini dianjurkan oleh Bahagian Penyelidikan, Inovasi dan Jaringan IPPT, diketuai oleh Profesor Dr. Badrul Hisham Yahaya dan pasukannya. Bengkel ini menyokong matlamat SDG 3: Good Health and Well-being, melalui sumbangan berimpak tinggi dalam sains kesihatan dan perubatan.
Melalui bengkel ini, warga IPPT diyakini dapat memperkukuh strategi penyelidikan dan pencapaian akademik sejajar dengan aspirasi universiti sebagai institusi APEX negara.