Penyertaan Staf PKTAAB Meriahkan Sambutan Hari Pekerja 2026 Bersama Kontinjen USM
May 01, 2026
EE SHENG HUAT PENGURUSAN SUMBER SDN BHD, BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG, November 26 2025
Pasukan Lestari terdiri daripada, staf dari Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) dan Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB) telah mengadakan lawatan tapak ke Ee Sheng Huat (ESH) Pengurusan Sumber Sdn. Bhd. bagi mendalami proses pengurusan sisa dan amalan kitar semula semasa. Objektif utama adalah untuk menyuntik dan memupuk kesedaran mengenai kepentingan kitar semula.
Delegasi lawatan ini terdiri daripada kakitangan pelbagai bidang, termasuk staf bahagian Pengurusan, staf bahagian Kejuruteraan, Pegawai Sains, Pegawai Dietetik, Pegawai Teknologi Maklumat, Juruteknologi Makmal Perubatan, Jururawat, Juru X Ray dan Pembantu Farmasi. Kepelbagaian bidang ini bertujuan untuk menjamin kerjasama erat dalam membimbing rakan sekerja tentang kepentingan kitar semula sama ada di tempat kerja mahupun di rumah.
Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat ringkas, diikuti dengan lawatan sekitar fasiliti. Objektif lawatan ini adalah untuk mengukuhkan kerjasama, meningkatkan kefahaman mengenai operasi kitar semula, serta memupuk amalan perlindungan alam sekitar dalam kalangan staf. Ilmu yang diperoleh akan dikongsi dan dimanfaatkan oleh semua warga IPPT dan PPUSMB.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Encik Lim, Pengarah Urusan Ee Sheng Huat Pengurusan Sumber Sdn. Bhd., atas peluang yang diberikan, serta ribuan terima kasih kepada seluruh warga kerja ESH atas layanan yang mesra dan kerjasama yang diberikan.
Intipati dan penemuan semasa lawatan
Pasukan Lestari telah menimba ilmu baru dan mendalam mengenai:
Jenis-jenis bahan kitar semula: Pendedahan tentang pelbagai jenis sisa pepejal yang boleh di kitar semula antaranya plastik, kertas, kotak, pakaian, aluminium/tin dan sisa elektronik (e-waste).
Perkhidmatan pengumpulan bahan kitar semula: Pihak Ee Sheng Huat pengurusan Sumber Sdn. Bhd. menyediakan tong kitar semula dan perkhidmatan mengutip bahan kitar semula di sekitar kawasan Pulau Pinang.
Eco-station yang sama yang ada di pintu masuk kawasan juga berada di PPUSMB hasil inisiatif dan kolaborasi bersama ESH Pengurusan Sumber Sdn. Bhd. bagi kemudahan staf untuk meletakkan sisa pepejal untuk di kitar semula sama ada dari rumah ataupun di unit masing-masing.
Pameran Kreatif dan Kelestarian Alam Sekitar
Kawasan pusat pengumpulan kitar semula ini turut mempamerkan inisiatif menarik dalam penggunaan semula (reuse) barang terpakai antaranya hiasan dan seni: Bekas tin biskut dijadikan pasu bunga, dan botol air mineral dibentuk menjadi pintu gerbang.
Pengurusan Air Kreatif (Paling Menarik):
Tangki air terpakai digunakan semula, dilukis, dan berfungsi sebagai penadah air hujan dan digunakan untuk siraman pokok.Bahagian bawah tangki air diubah suai menjadi kolam ikan dan kura-kura, membuktikan bahawa hidupan dapat meneruskan kehidupan walaupun di pusat kitar semula.
Inisiatif Komuniti: Sebuah arca badak sumbu disediakan bagi orang awam memasukkan tudung botol, menggalakkan penyertaan komuniti dalam kitar semula.
Lawatan ringkas ini padat dengan pengalaman berharga dan pengetahuan baru mengenai pengurusan sumber yang lebih bijak. Diharap ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan bagi meningkatkan amalan kelestarian dan kitar semula di fasiliti IPPT dan PPUSMB.