BERTAM, March 18 2022
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
HEBAHAN: KARNIVAL IPPT USM BERSAMA KOMUNITI
– Pertandingan Teka Silangkata
Dengan segala hormatnya dan sukacitanya perkara diatas adalah dirujuk
Bersempena Hari Karnival IPPT USM Bersama Komuniti, pihak penganjur akan mengadakan Pertandingan Teka Silangkata pada butiran seperti berikut
- Tarikh : 27 Mac 2022 (Ahad)
- Masa : 9.30 pagi – 11.30 pagi
- Tempat : Ruang legar, Kompleks Klinikal, Insititut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) USM
- Walk in (Pendaftaran adalah percuma)
Objektif pertandingan
- Menguji pengetahuan am berkaitan IPPT dan USM
- Meningkatkan penguasaan Bahasa Kebangsaan serta menggalakkan penggunaan bahasa yang betul
Hadiah Menarik Menanti Anda
Peraturan
- Penyertaan terbuka kepada semua (Kategori staff USM dan kategori Bukan Staff USM)
- Peserta perlu berdaftar untuk mendapatkan borang teka-silangkata di kaunter urusetia pendaftaran teka silangkata bermula jam 9.30 pagi.
- Tiada yuran penyertaan dikenakan. Alat tulis tidak disediakan.
- Peserta dikehendaki menjawab teka silangkata menggunakan petunjuk yang dinyatakan.
- Jawapan perlu diisi dengan jelas menggunakan PEN dan menggunakan HURUF BESAR
- Hanya SATU (1) penyertaan sahaja bagi setiap peserta
- Borang teka-silangkata yang telah lengkap perlu dihantar ke kaunter urusetia sebelum jam 11.30 pagi. Pihak urusetia pertandingan berhak untuk menolak penyertaan selepas masa yang telah ditetapkan.
- Penjurian akan dilaksanakan oleh pihak urusetia. Keputusan pengadil adalah muktamad
- Peserta yang berjaya menyelesaikan keseluruhan teka-silangkata dengan tepat akan terpilih untuk aktiviti cabutan bertuah bagi mendapatkan hadiah menarik yang disediakan.
Sekian, terima kasih