Penyertaan Staf PKTAAB Meriahkan Sambutan Hari Pekerja 2026 Bersama Kontinjen USM
May 01, 2026
PEJABAT PENGARAH SAINS@BERTAM, IPPT, October 9 2025
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi AI Turath University dalam satu sesi lawatan rasmi ke Pejabat Pengarah IPPT bertempat di Sains@Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Ketibaan delegasi telah disambut mesra oleh Timbalan Pengarah (Akademik & Antarabangsa), Profesor Madya Dr. Hazwani Ahmad Yusof@Hanafi. Turut hadir menyambut kedatangan para delegasi ialah Prof. Madya Dr. Mohd Hafiz Mohd Zin, Ketua Jabatan Pengimejan Bioperubatan; Dr. Mahayuddin Abdul Manap, Pensyarah Perubatan; Dr. Siti Salmah Noordin, Pensyarah Perubatan Klinikal; dan Dr. Eva Nabiha Zamri, Pensyarah dari Jabatan Kesihatan Komuniti.
Lawatan ini bertujuan memperkukuh jaringan akademik dan kerjasama antarabangsa, khususnya dalam bidang pendidikan serta penyelidikan perubatan. Pertemuan ini turut membuka peluang kepada perkongsian ilmu, idea serta perbincangan awal mengenai potensi kolaborasi antara kedua-dua institusi.
Pihak IPPT mengalu-alukan lawatan ini sebagai usaha mengeratkan hubungan antarabangsa yang berterusan demi meningkatkan kecemerlangan akademik dan penyelidikan sejajar dengan aspirasi universiti sebagai sebuah pusat rujukan perubatan bertaraf global.