Penyertaan Staf PKTAAB Meriahkan Sambutan Hari Pekerja 2026 Bersama Kontinjen USM
May 01, 2026
KOPERASI KAKITANGAN BERNAS BERHAD, KUALA SELANGOR, July 7 2025
Prof. Madya Dr. Rabeta Mohd Salleh telah berkunjung ke Koperasi Kakitangan Bernas Berhad di Kuala Selangor. Satu persetujuan kerjasama secara lisan telah dicapai antara beliau dan Pengurus Besar Koperasi Kakitangan Bernas Berhad, En. Ashok Kamal Arafat, serta disaksikan oleh En. Muhammad Azim Zabmir selaku Eksekutif Pemasaran, bagi menjalin kerjasama dalam penyelidikan berkaitan produk beras. Geran pertama yang akan kami usahakan bersama ialah geran PRIME, yang terbuka kepada para penyelidik yang telah menyelesaikan penyelidikan fundamental dan mempunyai perancangan untuk memindahkan pengetahuan serta pembangunan teknologi kepada industri melalui kerjasama strategik. Seterusnya, pihak syarikat turut bersetuju untuk mengeluarkan Surat Hasrat (Letter of Intent) kepada Prof. Madya Dr. Rabeta Mohd Salleh bagi menyokong permohonan Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) daripada Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).