Lima Pelajar Cemerlang Terima Anugerah Pengarah Bagi Sidang Akademik 2025/2026
Jun 05, 2026
June 23 2023
Beberapa faktor risiko yang biasa untuk kanser kepala dan leher adalah penggunaan tembakau (merokok), penggunaan alkohol, jangkitan human papillomavirus (HPV) dan Ebstein Barr virus (EBV), pendedahan kepada bahan kimia atau radiasi tertentu, dan kebersihan mulut yang buruk. Antara gejala (symptom)yang kerap dikaitkan dengan kanser ini ialah benjolan atau bengkak di leher atau muka, kesukaran menelan atau bernafas, serak atau perubahan suara, , sakit telinga atau kehilangan pendengaran, ulser mulut yang berpanjangan dan pendarahan atau sakit di dalam mulut.
Jika anda mempunyai mana-mana gejala atau faktor risiko, anda perlu berjumpa dengan doktor anda secepat mungkin. Pengesanan dan rawatan awal dapat meningkatkan peluang anda untuk dirawat untuk mencapai kesembuhan dengan kualiti hidup yang baik. Anda juga boleh mengambil langkah-langkah untuk mencegah kanser kepala dan leher dengan berhenti merokok atau mengunyah tembakau, berhenti pengambilan alkohol, mendapatkan vaksin terhadap HPV, melindungi diri anda daripada pendedahan cahaya matahari yang berlebihan dan mengekalkan kesihatan mulut yang baik. Ingat, April adalah Bulan Kesedaran Kanser Kepala dan Leher. Mari sebarkan berita, maklumat dan membantu meningkatkan tahap kesembuhan daripada kanser ini.
Di Pusat Perubatan USM Bertam (USM Bertam Medical Centre) pelbagai bentuk rawatan dan kepakaran disediakan untuk merawat pesakit-pesakit kanser kepala dan leher yang dirujuk ke sini. Diantara kemudahan yang disediakan ialah radioterapi, brakiterapi, kemoterapi, pembedahan, pembersihan dental (dental clearance), simulasi CT, pengimejan diagnostik, SPECT CT dan rawatan radio-iodin serta kemudahan sokongan berkaitan. Rawatan brakiterapi yang disediakan di PPUSMB merupakan antara yang terbaik di dunia melalui pengiktirafan yang diberikan oleh BrachyAcademy iaitu sebuah institusi antarabangsa yang berpangkalan di Amsterdam, Belanda (Universiti Sains Malaysia, 2022). PPUSMB merupakan satu-satunya pusat perubatan di Malaysia yang menawarkan teknik ini untuk rawatan kanser kepala dan leher dan mula ditawarkan sejak tahun 2018.
Sebagai kesimpulan, peningkatan kesedaran terhadap kanser kepala dan leher akan meningkatkan tahap pengesanan awal pesakit dan ini akan memberi peluang untuk sembuh beserta kualiti hidup yang lebih baik.
