PKTAAB Tingkat Keupayaan Murid PPKI
May 14, 2026
LOBI KOMPLEKS PENYELIDIKAN KANSER PKTAAB, April 15 2026
Bahagian Penyelidikan, Inovasi dan Jaringan (BPIJ), PKTAAB telah berjaya menganjurkan Jamuan Raya Aidilfitri BPIJ 2026 yang berlangsung dengan penuh warna-warni di Kompleks Penyelidikan Kanser hari ini,.
Majlis yang bermula pada jam 12.30 tengahari hingga 2.00 petang itu dihadiri oleh kira-kira 150 orang tetamu termasuk barisan Pengarah dan Pengurusan PKTAAB. Kehadiran para pelajar, termasuk pelajar antarabangsa serta warga kerja PKTAAB telah menambah lagi seri sambutan tersebut,.
Keunikan majlis kali ini terletak pada Konsep ’Potluck dan Bersila’ di mana pelbagai juadah tradisional disediakan secara sukarela oleh staf BPIJ, para pelajar, dan juga staf kebersihan. Suasana yang santai dan makan secara bersila telah berjaya mewujudkan perasaan kebersamaan serta mengukuhkan hubungan silaturahim antara pihak pengurusan, kakitangan dan pelajar tanpa mengira pangkat mahupun latar belakang.
Suasana meriah dan ceria dengan para tetamu kelihatan anggun dan segak mengenakan busana tradisi seperti baju kurung dan baju Melayu serta pakaian tradisional antarabangsa mencerminkan identiti budaya yang tinggi. Rata-rata staf dan pelajar menzahirkan rasa gembira dengan penganjuran majlis ini yang menyajikan suasana kekeluargaan yang cukup erat.
Majlis ini merupakan acara tahunan yang akan terus diadakan bagi memastikan tradisi sambutan Aidilfitri di peringkat jabatan sentiasa subur. Sambutan ini bukan sekadar jamuan makan, malah berfungsi sebagai platform integrasi bagi para pelajar antarabangsa untuk menyelami budaya masyarakat Malaysia dengan lebih dekat lagi serta mengeratkan lagi hubungan warga PKTAAB.
Jamuan Raya Aidilfitri ini secara tidak langsung mendokong usaha pemerkasaan SDG antaranya ialah:-